14 Disember 2020

Resepi Puding Kopi Coklat

Disember 14, 2020 0 Comments

Resepi Puding Susu Kopi Coklat


Bahan-bahan:

1300ml susu cair

2 paket serbuk agar2 plain

10 sudu makan gula

1/2 sudu teh garam

1 paket coffeemix 3 in 1

3 sudu makan serbuk koko


Cara-cara:

1) Campurkan susu cair,gula,agar2 dan garam dalam periuk.Jangan buka api dulu.Gaul sebati baru hidupkan api.Masak hingga mendidih dan tutup api.

2) Sediakan acuan masukkan kira2 5 'senduk' adunan susu ke dalam acuan.Biarkan sejuk dan agak keras.

3) Ambil 5 lagi senduk adunan susu dan tambahkan sepaket  coffee mix 3 in 1 tadi.Gaul sebati dan curahkan adunan ke atas lapisan susu yang disejukkan tadi.

4) Adunan terakhir tambah serbuk koko dalam adunan susu.Dan curahkan di atas lapisan kopi tadi.

5) Sejukkan semalaman.

Tips: Panaskan adunan setiap kali nak tambah perisa sebab adunan akan keras kalau tidak dipanaskan.


Selamat mencuba 😊

Pelawat RJH

Follow Us @aurarjh_byaida