30 Jun 2022

Resepi Ayam Lemon Chinese Style

Jun 30, 2022 0 Comments


Resepi Ayam Lemon Chinese Style

Kredit: lnspirasi Resepi


Bahan-bahan:-

2 dada ayam-bersihkan n keringkan


Bahan perap:-

3 sudu besar tepung jagung

1/2 sudu teh garam

1/2 sudu teh minyak bijan

sedikit pepper

1 biji telur

bahan salut:-campurkan

5 sudu besar tepung

5 sudu besar breadcrumbs


Bahan sos:-

1 sudu besar sos plum

3 1/2 sudu besar jus lemon

2 sudu besar cuka

4 sudu besar gula

2 sudu teh tepung jagung

Minyak secukupnya


Cara-cara:-

🌷 Perap ayam dengan bahan perap selama 2 jam atau semalaman.


🌷 Salut dengan bahan salut n goreng hingga garing n kekuningan.


🌷 Potongkan ayam dan letak atas pinggan hidangan.


🌷 Campur semua bahan sos, didihkan hingga pekat.


🌷 Curah atas ayam tadi dan hidangkan.


Selamat Mencuba!


21 Jun 2022

Vita-C Chewable Tablet Shaklee sudah kembali!

Jun 21, 2022 0 Comments

 Vita-C Chewable Tablet Shaklee kembali!


Ada yang rindu dengan Chew C? 🤩


Mesti ramai kan...


Sebab Chew C pernah menjadi kegemaran ramai suatu ketika dulu sebelum out of stock lebih dari setahun. 


Finally, Chew C dengan versi baru kembali ke pasaran malaysia!


Alhamdulillah


Kini ia kembali dengan tablet yang lebih besar (lebih puas dikunyah 😋), berperisa Lemon-Vanilla dan mengandungi 250mg Vitamin C. 


Siapa yang boleh mengamalkan Vita C Chewable ni?

✅ Orang dewasa

✅ Warga emas

✅ Ibu hamil (loya), berpantang & menyusu

✅ Individu yang tidak suka menelan tablet

✅ Individu yang mengalami luka

✅ Individu yang terdedah kepada risiko jangkitan

✅ Individu yang mempunyai perut sensitif

Dan, boleh diamalkan pada bila-bila masa dan dimana jua. 


Terliur? meh wasap aida sekarang!

--> https://rb.gy/belbj3


Jom sihat dengan Shaklee!









17 Jun 2022

Resepi Jeruk Timun & Bawang Puteh

Jun 17, 2022 0 Comments

Resepi Jeruk Timun & Bawang Puteh

Kredit : Rosriani Oren Yahya


Jeruk timun 🥒 + bawang puteh 🧄

Sekali buat dh jatuh cinta 😘😋


Bersihkan timun jepun , potong memanjang , susun dlm balang. Air suam2 kuku campur garam gula cuka , bila air dh sejuk masukkan ke dalam balang . Selepas 2 ke 3 hari baru masukkan ke dalam peti ais.


Basic :

1 cawan air

Suku cawan cuka

1 sudu kecil garam

2 sudu makan gula

( Boleh ikut kesesuaian banyak mana timun, boleh tambah bahan2 yg lain tu )


Boleh add on bawang puteh dan cili hijau dlm balang 👌🏻


Selamat mencuba!

13 Jun 2022

Resepi Ayam Menangis

Jun 13, 2022 0 Comments



RESEPI AYAM MENANGIS MERAUNG 😁

Kredit : Serina Seman


Bahan perapan ayam (perap 3 jam) :

- Ayam ( Isi Peha atas, Isi Peha Bawah, Isi Dada )

- Akar ketumbar

- Bawang putih

- Gula perang

- Sos ikan

- Kicap pekat

- Lada sulah/hitam

- Minyak

Blend semua, lumur pada daging/ayam. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.


Perap dan simpan di chiller. Keluarkan 30 minit sebelum dimasak.


Untuk masak, panaskan non stick pan, letak minyak sikit, bakar dengan api kecil.


Bahan sos:

- Sos ikan

- Air asam jawa

- Perahan limau nipis

- Gula kabung/nisan Thai

- Serbuk cili kasar

- Beras goreng

- Daun ketumbar (cincang)

- Akar ketumbar (cincang)

- Cili padi (cincang)

- Bawang merah (cincang)

- Bawang putih (cincang)


Bancuh semua bahan, perasakan.


Selamat mencuba!


7 Jun 2022

Resepi Bingka Ubi

Jun 07, 2022 0 Comments


Resipi bingka ubi (loyang 8 inci)

Kredit: Ain Athirah


4 cawan ubi yang disagat

2 cawan santan

1 cawan gula (saya nak kurang manis, 3/4 cawan saja)

1/2 sudu kecil garam

Pewarna kuning


Ubi tu memang saya tak perah. Campur kesemua bahan di atas. Panaskan oven dulu ya, suhu 200 C. Selepas adunan dah sebati, masukkan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam, bergantung pada oven masing2.


Selamat mencuba!



Pelawat RJH

Follow Us @aurarjh_byaida