26 Disember 2018

JERAWAT: Faktor Masalah Kesihatan Anda

Disember 26, 2018 0 Comments


FAKTOR JERAWAT MUNCUL DI WAJAH



Lokasi 1 dan 2: Sistem Percernaan
Kurangkan makanan segera, lemak dan tingkatkan pengambilan air suam.


Lokasi 3: Hati
Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.


Lokasi 4, 5, dan 7: Kurang minum air
Tingkatkan pengambilan air suam


Lokasi 6: Jantung
Jaga tekanan darah, kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan permakanan kaya omega-3


Lokasi 8: Buah pingang
Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.


Lokasi 9 dan 10: Pernafasan
Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.


Lokasi 11 dan 12: Hormon
Stress dan hormon punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air dan tingkatkan pengambilan sayuran.


Lokasi 13: Usus
Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.


Lokasi 14: Penyakit
Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.





Ingin dapatkan produk Shaklee?


Klik di bawah untuk terus whatsapp aida.



Minat Untuk Buat Pembelian Online Shaklee.


NAK MENJADI PENGEDAR SHAKLEE?



Berminat untuk menjadi pengedar shaklee dengan modal rendah, mampu menambah pendapatan dengan untung runcit + bonus tunai setiap bulan dan pelbagai lagi kelebihan ahli shaklee.

Jom sertai AuraRJH Family bersama saya. Dengan bimbingan tanpa putus. "Percaya Sebelum Berjaya, Cari Peluang, Usah Beralasan" InsyaAllah anda adalah Leaders Shaklee yang kami cari.


23 Disember 2018

MAKSUD ASMAUL HUSNA - 99 Nama Allah SWT

Disember 23, 2018 0 Comments




99 Nama Allah SWT (Asmaul Husna) bersama maksudnya:


1. Ar-Rahmaan: ( الرحمن ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia.


2. Ar-Rahim: ( الرحيم ) Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat.


3. Al-Malik: ( الملك ) Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri.


4. Al-Quddus: ( القدوس ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.


5. As-Salaam: ( السلام ) Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya.


6. Al-Mu’min: ( المؤمن ) Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.


7. Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu.


8. Al-’Aziiz: ( العزيز ) Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya


9. Al-Jabbaar: ( الجبار ) Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.


10. Al-Mutakabbir: ( المتكبر ) Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.


11. Al-Khaaliq: ( الخالق ) Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.


12. Al-Baari’: ( البارئ ) Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.


13. Al-Mushawwir: ( المصور ) Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).


14. Al-Ghaffaar: ( الغفار ) Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan.


15. Al-Qahhaar: ( القهار ) Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.


16. Al-Wahhaab: ( الوهاب ) Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.


17. Ar-Razzaaq: ( الرزاق ) Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.


18. Al-Fattaah: ( الفتاح ) Maha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.


19. Al-’Aliim: ( العليم ) Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.


20. Al-Qaabidh: ( القابض ) Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya.


21. Al-Baasith: ( الباسط ) Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.


22. AI-Khaafidh: ( الخافض ) Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.


23. Ar-Raafi’: ( الرافع ) Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yang bertaqwa.


24. Al-Mu’iz: ( المعز ) Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan dan kemenangan.


25. Al-Muzil: ( المذل ) Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya.


26. As-Samii’: ( السميع ) Maha Mendengar.


27. Al-Bashiir: ( البصير ) Maha Melihat.


28. Al-Hakam: ( الحكم ) Maha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu.


29. Al-’Adl: ( العدل ) Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.


30. Al-Lathiif: ( اللطيف ) Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.


31. Al-Khabiir: ( الخبير ) Maha Waspada/ Maha Mengetahui.


32. Al-Haliim: ( الحليم ) Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan.


33. Al-’Adzhiim: ( العظيم ) Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.


34. Al-Ghafuur: ( الغفور ) Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya.


35. Asy-Syakuur: ( الشكور ) Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil.


36. Al-’Aliy: ( العلي ) Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.


37. Al-Kabiir: ( الكبير ) Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia.


38. Al-Hafidz: ( الحفيظ ) Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya.


39. Al-Muqiit: ( المقيت ) Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.


40. Al-Hasiib: ( الحسيب ) Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat.


41. Al-Jaliil: ( الجليل ) Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.


42. Al-Kariim: ( الكريم ) Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.


43. Ar-Raqiib: ( الركيب ) Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.


44. Al-Mujiib: ( المجيب ) Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa padaNya.


45. Al-Waasi’: ( الواسع ) Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.


46. Al-Hakiim: ( الحكيم ) Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.


47. Al-Waduud: ( الودود ) Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan.


48. Al-Majiid: ( المجيد ) Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan.


49. Al-Ba’ithu: ( الباعث ) Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat.


50. Asy-Syahiid: ( الشهيد ) Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.


51. Al-Haq: ( الحق ) Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.


52. Al-Wakiil: ( الوكيل ) Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu.


53. Al-Qawiy: ( القوى ) Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya.


54. Al-Matiin: ( المتين ) Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.


55. Al-Waliy: ( الولى ) Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka.


56. Al-Hamiid: ( الحميد ) Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan.


57. Al-Muhshii: ( المحصى ) Maha Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.


58. Al-Mubdi’: ( المبدئ ) Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.


59. Al-Mu’iid: ( المعيد ) Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.


60. Al-Muhyii: ( المحي ) Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup.


61. Al-Mumiit: ( المميت ) Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup.


62. Al-Hay: ( الحي ) Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.


63. Al-Qayyuum: ( القيوم ) Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini.


64. Al-Waajid: ( الواجد ) Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang secara mutlak.


65. Al-Maajid: ( الماجد ) Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid).


66. Al-Waahid: ( الواحد ) Maha Esa.


67. Al-Ahad: ( الأحد ) Maha Tunggal.


68. Ash-Shamad: ( الصمد ) Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan.


69. Al-Qaadir: ( القادر ) Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya


70. Al-Muqtadir: ( المقتدر ) Maha Menentukan.


71. Al-Muqaddim: ( المقدم ) Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.


72. Al-Muakhkhir: ( المؤخر ) Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya.


73. Al-Awwal: ( الأول ) Maha Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud.


74. Al-Aakhir: ( الآخر ) Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang maujud.


75. Azh-Zhaahir: ( الظاهر ) Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya


76. Al-Baathin: ( الباطن ) Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.


77. Al-Waalii: ( الوالى ) Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.


78. Al-Muta’aalii: ( المتعال ) Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan.


79. Al-Bar: ( البار ) Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.


80. At-Tawwaab: ( التواب ) Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.


81. Al-Muntaqim: ( المنتقم ) Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.


82. Al-’Afuw: ( العفو ) Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya.


83. Ar-Rauuf: ( الرؤف ) Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya.


84. Maalikul Mulk: ( المالك الملك ) Maha Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya.


85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ذوالجلال والإكرام ) Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.


86. Al-Muqsith: ( المقسط ) Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya.


87. Al-Jaami’: ( الجامع ) Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.


88. Al-Ghaniy: ( الغنى ) Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya.


89. Al-Mughnii: ( المغنى ) Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.


90. Al-Maani’: ( المانع ) Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.


91. Adh-Dhaar: ( الضار ) Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha Pemberi bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya


92. An-Naafi’: ( النافع ) Maha Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.


93. An-Nuur: ( النور ) Maha Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.


94. Al-Haadi: ( الهادى ) Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya.


95. Al-Badii’: ( البديع ) Maha Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.


96. Al-Baaqi: ( الباقع ) Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya


97. Al-Waarits: ( الوارث ) Maha Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk.


98. Ar-Rasyiid: ( الرشيد ) Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.


99. Ash-Shabuur: ( الصبور ) Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.


Sumber: https://shafiqolbu.wordpress.com/asmaa-ul-husna/maksud-dan-makna-asma-ul-husna/


NAK MENJADI PENGEDAR SHAKLEE?


Berminat untuk menjadi pengedar shaklee dengan modal rendah, mampu menambah pendapatan dengan untung runcit + bonus tunai tiap-tiap bulan dan pelbagai lagi kelebihan ahli shaklee.
Jom sertai AuraRJH Family bersama saya. Dengan bimbingan tanpa putus. "Percaya Sebelum Berjaya, Cipta Peluang Niaga Jutawan, " InsyaAllah anda Leaders Shaklee yang hebat!

20 Disember 2018

RESEPI : Puding Ocean Blue

Disember 20, 2018 0 Comments
cukup kreatif! terpegun aida tengok...

mula mula aida tengok gambar puding nie ingatkan dalam laut..hihi.. 

cukup mendamaikan.. (nama lagi ocean blue cik aida oooo) hahaha... klu tidak xde la nama puding ocean blue nie.. hihi.. 

memang kreatif sangat akak kita nie kan.. 

terima kasih atas resepi akak Rozinah.. 

Aida doakan akak sentiasa sihat dan bahagia sentiasa. aamiin.. 

eh! apa tunggu lagi..

jom cuba... maaf aida belum buat lagi tau (simpan resepi dalam nie dulu ya, nanti nak cari senang sikit..hihi)

jadi aida tak dapat komen senang ke susah.. tapi nampak cam simple je cara nak buat puding nie..



Puding Ocean Blue
by Rozinah Inah

Resepi A ( Warna Biru)
1 pkt agar2 tali 18 gm
1atau 2 tin laici/longan,saya guna dua tin
5 sb gula pasir
Sedikit pewarna biru
Biji selasih 1 pkt kecil( di rendam)
2 cwn air biasa
3 cwn air dari tin laici (asingkan buahnya)


Cara-cara buat puding :
  1. Basuh agar2
  2. Masak bersama 2 cwn air, 3 cwn air laici
  3. Gula pasir....masukkan sedikit pewarna biru
  4. Masak sampai larut..kecil kan api
  5. Basahkan loyang/acuan
  6. Masukkan agar2 tadi
  7. Susun..buah laici..hingga penuh dan tenggelam
  8. Taburkan biji selasih yg dah kembang..
  9. Sejukkan sebentar..biar keras sedikit
  10. Sementar itu ..masakkan agar2 susu

Bahan B (Warna Putih)
1 pkt agar tali 18gm
Air biasa 3 cwn
Susu cair 1 tin
Gula pasir 5 sb
Sedikit esen vanila

Cara-caranya
  1. Masakkan agar2 bersama gula
  2. Dan air hingga larut
  3. Masukkan susu cair dan esen vanila
  4. Masak sampai didih..kecil kan api
  5. Kemudian bila agar2 biru dah sedikit keras
  6. Cakarkan permukaan dgn garpu..rata2
  7. Masukkan agar2 susu tadi..
  8. Sejukkan hingga keras ..
  9. Baru kuarkan dari acuan..
  10. Kalau nak mudah kene masak asing..agar2 biru dan susu..

Selamat mencuba.. (^_^)


Sambil-sambil buat puding lautan biru yang damai tu....

Jom layan video cara nak turunkan berat badan paling berkesan.

Cara Turunkan Berat Badan Paling Selamat & Berkesan


Ingin dapatkan produk Shaklee?


Klik di bawah untuk terus whatsapp aida.



Minat Untuk Buat Pembelian Shaklee Online.


NAK MENJADI PENGEDAR SHAKLEE?

Berminat untuk menjadi pengedar shaklee dengan modal rendah, jana pendapatan dengan untung runcit + bonus tunai tiap-tiap bulan dan pelbagai lagi kelebihan ahli shaklee.
Jom sertai AuraRJH Family bersama saya. Dengan bimbingan tanpa putus. "Percaya Sebelum Berjaya, Cipta Peluang Niaga Jutawan, " InsyaAllah anda Leaders Shaklee yang hebat!

17 Disember 2018

RESEPI : Buttermilk Chicken by Chef Abam

Disember 17, 2018 0 Comments
Nak masak apa ya? hujan-hujan nie perut rasa lapar sokmo laaa...huhu

Jom cuba resepi buttermilk chicken nie..

Mudah Ringkas Simple! (macam sama makna jah tu aida) hihi... ala apa tengok je.. jom cari bahan dan buat!


Buttermilk Chicken
by chef abam


Bahan-bahan (ayam):
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada sulah
- isi ayam potong kecik2


Bahan-bahan (sos):
- 3 sudu besar mentega
- Daun kari
- 1 sudu besar cili besar 🌶️& hijau
- 1/2 sudu besar bawang putih
- 1 sudu besar bawang holland
- 100ml susu cair
- 1 sudu kecil garam/gula/perasa
- 1 sudu kecil lada hitam


Cara-cara:

1. Salut ayam bersama tepung gandum, tepung jagung, garam dan lada sulah.

2. Goreng hingga keemasan.

3. Untuk membuat sos, cairkan mentega dan tumis daun kari, cili padi dan bawang putih.

4. Masukkan susu cair dan didihkan hingga pekat. Kemudian, masukkan garam, gula,perasa dan lada hitam.

5. Tutup api dan masukkan ayam yang sudah digoreng.

6. Gaul hingga rata.

7. Siap untuk dihidang!

Selamat memcuba!

Dan..... (^_^)

Sambil-sambil cari bahan dan nak masak tu..

Jom layan video cara nak turunkan berat badan paling berkesan.

Cara Turunkan Berat Badan Paling Selamat & Berkesan


Ingin dapatkan produk Shaklee?


Klik di bawah untuk terus whatsapp aida.



Minat Untuk Buat Pembelian Shaklee Online.


NAK MENJADI PENGEDAR SHAKLEE?

Berminat untuk menjadi pengedar shaklee dengan modal rendah, mampu menambah pendapatan dengan untung runcit + bonus tunai setiap bulan dan pelbagai lagi kelebihan ahli shaklee.

Jom sertai AuraRJH Family bersama saya. Dengan bimbingan tanpa putus. "Percaya Sebelum Berjaya, Cari Peluang, Usah Beralasan" InsyaAllah anda adalah Leaders Shaklee yang kami cari.


16 Disember 2018

Terlajak Jimat Berganda - Eksklusif Untuk Ahli Baru

Disember 16, 2018 0 Comments
WOW!!!!!!!

Teruja sangat dengan promosi terkini shaklee ini..hihi

Memang BERTUAH ahli baru shaklee kali ini..

Sebab awak boleh dapat harga jimat berganda..

Apa tunggu lagi??? 


Kalau awak sudah lama teringin nak merasa VIVIX atau nak pakai penjagaan muka dengan YOUTH skincare...

Memang nie lah masanya... awak pasti dapat harga terlajak jimat nie..

Yang aida letak harga perjimatan dalam poster tu untuk awak mudah nak beza harga bukan ahli dan harga jadi ahli.



Ada banyak lagi kelebihan yang kita dapat dalam program nie.

Selain awak dapat diskaun 30% untuk mana2 set dari 3 pilihan starter set nie.

1. Set Twin Vivix
2. Set Youth
3. Set Family Wellness


Awak juga boleh dapat:

1. FREE MEMBERSHIP bernilai RM75.00
2. FREE POSTAGE bernilai RM10.00
3. FREE GIFT bernilai RM40
4. 5% CASH BACK 



Dan......

Bila awak dah jadi ahli shaklee..

Awak layak untuk rebut peluang untuk dapat STARTER SET FREE. 

Cuba bayang!

Awak beli 2 botol Vivix... Dapat lagi 2 botol Vivix...

Wahhhh... memang best sangat-sangat!



Awak nak tahu cara untuk dapatkan STARTER SET PERCUMA?


Meh whatsapp AIDA 01112909102



Ingin dapatkan produk Shaklee?


Klik di bawah untuk terus whatsapp aida.



Minat Untuk Buat Pembelian Shaklee Online.


NAK MENJADI PENGEDAR SHAKLEE?

Berminat untuk menjadi pengedar shaklee dengan modal rendah, mampu menambah pendapatan dengan untung runcit + bonus tunai setiap bulan dan pelbagai lagi kelebihan ahli shaklee.

Jom sertai AuraRJH Family bersama saya. Dengan bimbingan tanpa putus. "Percaya Sebelum Berjaya, Cari Peluang, Usah Beralasan" InsyaAllah anda adalah Leaders Shaklee yang kami cari.


IBU SIHAT : KENCING MANIS & TEKANAN DARAH ANAK DARA

Disember 16, 2018 0 Comments
Ibu semakin uzur, sakit pinggang, sakit 3 serangkai.. rasa resah gelisah..huhu

hati anak mana boleh duduk diam dan tengok je.. huhu

macam-macam fikir.. untuk ibu sihat kembali..

Jom ikuti kisah ibu afizah

Assalamualaikum W.B.T.

Saya Afizah berumur 59 tahun dan bekerja sebagai penjawat awam.

Mempunyai 4 orang cahaya mata dan 4 orang cucu.

Daripada zaman saya muda-muda lagi, saya memang mementingkan kesihatan. Macam-macam suplemen yang saya cuba, yang murah yang mahal..

Tapi kebanyakkan, tidak menunjukkan apa-apa kesan yang ketara. 

Saya amalkan produk Shaklee dah 3 tahun lebih. 


Saya kenal Shaklee daripada anak dan menantu saya.  Alhamdulillah, saya jatuh hati dengan produk Shaklee terutamanya VIVIX!

Saya memang jaga pemakanan, saya kurangkan gula dalam minumam harian. 

Tapi disebabkan kencing manis dan darah tinggi ni penyakit 'keturunan’, memang tak boleh nak lari mana lah..

Check-up di hospital baru-baru ni, menggunakan mesin penimbang elektronik yang baru tu. Apa ntah namanya mesin tu. Happy sangat bila doktor cakap bacaan b/p saya mcm 'anak dara', 120/80.

Tapi dari bacaan mesin tu, doktor inform yang umur dalam badan saya 51 tahun! 

Memang terkejut lah dengar, walhal umur saya tahun depan dah masuk 60 tahun. Alhamdulillah, awet muda.

BMI saya pun normal. Bacaan kencing manis saya pun normal, 6.7 berbanding dengan bacaan 3 tahun dulu, 8.0

Doktor pun dah kurangkan dos ubat kencing manis yang perlu saya makan setiap hari. Lega rasa (senyum lebar)

Pernah ada sahabat saya tanya, kat mana saya buat gigi palsu. 


Teratur cantik je..Hehe, saya kata ni gigi betul. Tak pernah lagi buat gigi palsu.

Terkejutlah dia, di usia saya yang nak masuk 60 tahun ni, masih lagi ada gigi kekal yang masih elok. 

Bagi saya, penjagaan gigi sangatlah penting. Memang dari saya muda lagi, saya amalkan minum susu setiap hari.

Ini adalah antara vitamin yg saya konsisten ambil setiap hari dengan konsisten. Paling best, saya suka VIVIX. Rasanya dah 12 botol yang saya makan. (saya kongsi makan dengan suami tercinta).

Kulit saya yang dahulunya kusam dan tak bermaya, rasa lebih ceria dan awet muda berbanding sebelum ambil vivix.

Memang Best!

Bg yang belum tahu, vivix ni bukan sahaja suplemen untuk kesihatan menyeluruh, tapi vivix jugak berfungsi sebagai anti-penuaan.



Pada tahun 2013, saya berpeluang untuk melangkah kaki ke tanah suci Mekah


Bersama anak dan suami untuk menunaikan Umrah.

Alhamdulillah, kesihatan saya baik-baik je kat sana.

Tapi, suami saya mengalami athma yang teruk sehingga sampai sahaja di Malaysia, suami saya kena admit di Hospital Sg.Buluh.

Doktor mengesahkan suami saya kena jangkitan di paru-paru yang berpunca daripada habuk di Mekah. Berkampunglah di hospital selama 8 hari.

Suami saya ni, memang susah nak makan vitamin melainkan kalau saya ambil dan bagi kat dia, baru dia makan.

Tapi, di Mekah kami tinggal di bilik berasingan, sebab tu susah sikit saya nak berkongsi vitamin dengan suami.

Alhamdulillah, kesihatan saya baik di sana tanpa demam atau batuk.

Vitamin Shaklee saya bawa sekali ke sana dan amalkan setiap hari sebelum mengerjakan Umrah.

Produk yang hebat dan berkesan ni, saya kongsikan kebaikan dengan kawan-kawan sepejabat saya.

VIVIX the best choice suplemen untuk di amalkan setiap hari.


Di tambah dengan vitamin lain seperti Vita-Lea, Vita C Plus dan Omegaguard, kesihatan saya bertambah baik.

Bagi anak-anak yang tak tau nak bagi hadiah apa kat mak abah anda, boleh la hadiahkan sebotol VIVIX ni setiap bulan.



Ingin dapatkan produk Shaklee?


Klik di bawah untuk terus whatsapp aida.



Minat Untuk Buat Pembelian Shaklee Online.


NAK MENJADI PENGEDAR SHAKLEE?

Berminat untuk menjadi pengedar shaklee dengan modal rendah, mampu menambah pendapatan dengan untung runcit + bonus tunai setiap bulan dan pelbagai lagi kelebihan ahli shaklee.

Jom sertai AuraRJH Family bersama saya. Dengan bimbingan tanpa putus. "Percaya Sebelum Berjaya, Cari Peluang, Usah Beralasan" InsyaAllah anda adalah Leaders Shaklee yang kami cari.


15 Disember 2018

IBU BERPANTANG : SUSU MERIAH & BADAN SIHAT BERTENAGA

Disember 15, 2018 0 Comments
Hai semua. Assalamualaikum!

Nadim nak share sikit pengalaman berpantang anak yang pertama ni dengan set berpantang Shaklee.

Sebenarnya set yang Nadim ada untuk berpantang ni adalah set vitamin yang memang Nadim dah makan sejak 3tahun lepas lagi.

Tapi sebab baru first time mengandung kan, so lagi konsisten la Nadim ambik setiap vitamin tu. Tak nak la pulak jadi apa-apa kat anak.

Lagi-lagi sejarah keturunan keluarga belah arwah mak Nadim memang banyak and hampir semuanya GDM masa mengandung yang terus lekat diabetes sampai akhir hayat dan keguguran banyak2 kali. Alhamdulillah Nadim BEBAS GDM!

Masa berpantang Nadim ada vitamin B complex, zinc complex, vitalea, oste, vitamin C dan Omega guard. Tambah 1 lagi vivix yang memang Nadim beli khas untuk berpantang. Masa ni belum lagi minda terbuka untuk minum ESP yang super famous tu.

Alhamdulillah berkat konsisten makan setiap hari vitamin2 ni, hasilnya luka Nadim cepat baik. Cepat bercantum elok cumanya benang jahitan tu je lah rasa tak selesa.

Daripada dalam ward lepas bersalin lagi Nadim dah ada susu yang warnanya sangat kuning dan pekat.

Zayyad dah menyusu daripada minit-minit pertama dia lahir lagi dan masa tu dia sangat bersih walaupon belum dimandikan.

Menjadi ibu kepada anak yang pertama ni jadi igauan ramai ibu2. TAKUT TAKDE SUSU!

Tapi alhamdulillah,  sejak daripada awal lagi memang dah follow bab penyusuan susu ibu.

Segala ilmu dah dikorek dan hanya tinggal apply je.

Dan alhamdulillah juga, berkat kerajinan dapat la 2 tong nasi besar bawak balik EBM frozen stock selepas 2 bulan berpantang kat kampung.

Zayyad takde jaundis yer walaupon Nadim darah O.

Nadim berpantang dengan inilah yang mana tak bagi makan buah pon masa pantang.

Bayangkan nutrisi apa je yang ada.

Karbohidrat dari nasi dan protein dari ikan, dan sayur yang dah dibuat tumis air.

Sayur kompem takde nutrisi sebab dah layu gila lepas dimasak.

Kurang nutrisi menyebabkan luka lambat sembuh dan ibu kekurangan tenaga!




Tapi semua berjalan lancar.

Sepanjang berpantang, semua orang cakap macam tak pantang pon.

Bertenaga! Mandikan anak sendiri, mandi sendiri, drive sendiri ke klinik untuk checkup sebulan, makan memang la sendiri. Hihi.

Muka Nadim pon tak pucat. Rambut masa tu pon tak gugur. Darah nifas sangat lancar.

Kalau darah yang tak lancar ni bahaya yang boleh sebabkan ibu rasa sakit gila dalam perut macam nak bersalin lagi!

Owh lupa! Lepas 2 minggu berat dah kembali 55kg dan habis pantang berat dah 54kg!

Tu lah pengalaman nadim dengan set berpantang shaklee.

Sembelit pon takde bila konsisten makan ostematriks.

Jangan tak taw, sembelit adalah salah satu mimpi ngeri yang amat bagi ibu berpantang.

Yang bestnya, set tu lah daripada dulu 3 tahun lepas hingga lah sekarang menyusukan anak yang dah berumur 10bulan.

Stretchmark Nadim yang macam harimau belang dah hilang masa Zayyad umur 6-7 bulan lagi!

Vitamin Shaklee memang awesome!

InsyaAllah takkan cari set lain dah untuk seterusnya pon!

Cadangan Nadim, kalau korang takut nak makan jamu2 yang akan menyebabkan anak terkena jaundis dan dalam masa yang sama nak kembali sihat, langsing dan bertenaga serta susu banyak,  Shaklee PILIHAN PERTAMA!


Ingin dapatkan produk Shaklee?


Klik di bawah untuk terus whatsapp aida.



Minat Untuk Buat Pembelian Shaklee Online.


NAK MENJADI PENGEDAR SHAKLEE?

Berminat untuk menjadi pengedar shaklee dengan modal rendah, mampu menambah pendapatan dengan untung runcit + bonus tunai setiap bulan dan pelbagai lagi kelebihan ahli shaklee.

Jom sertai AuraRJH Family bersama saya. Dengan bimbingan tanpa putus. "Percaya Sebelum Berjaya, Cari Peluang, Usah Beralasan" InsyaAllah anda adalah Leaders Shaklee yang kami cari.


Pelawat RJH

Follow Us @aurarjh_byaida