20 Disember 2018

# RESEPI

RESEPI : Puding Ocean Blue

cukup kreatif! terpegun aida tengok...

mula mula aida tengok gambar puding nie ingatkan dalam laut..hihi.. 

cukup mendamaikan.. (nama lagi ocean blue cik aida oooo) hahaha... klu tidak xde la nama puding ocean blue nie.. hihi.. 

memang kreatif sangat akak kita nie kan.. 

terima kasih atas resepi akak Rozinah.. 

Aida doakan akak sentiasa sihat dan bahagia sentiasa. aamiin.. 

eh! apa tunggu lagi..

jom cuba... maaf aida belum buat lagi tau (simpan resepi dalam nie dulu ya, nanti nak cari senang sikit..hihi)

jadi aida tak dapat komen senang ke susah.. tapi nampak cam simple je cara nak buat puding nie..



Puding Ocean Blue
by Rozinah Inah

Resepi A ( Warna Biru)
1 pkt agar2 tali 18 gm
1atau 2 tin laici/longan,saya guna dua tin
5 sb gula pasir
Sedikit pewarna biru
Biji selasih 1 pkt kecil( di rendam)
2 cwn air biasa
3 cwn air dari tin laici (asingkan buahnya)


Cara-cara buat puding :
  1. Basuh agar2
  2. Masak bersama 2 cwn air, 3 cwn air laici
  3. Gula pasir....masukkan sedikit pewarna biru
  4. Masak sampai larut..kecil kan api
  5. Basahkan loyang/acuan
  6. Masukkan agar2 tadi
  7. Susun..buah laici..hingga penuh dan tenggelam
  8. Taburkan biji selasih yg dah kembang..
  9. Sejukkan sebentar..biar keras sedikit
  10. Sementar itu ..masakkan agar2 susu

Bahan B (Warna Putih)
1 pkt agar tali 18gm
Air biasa 3 cwn
Susu cair 1 tin
Gula pasir 5 sb
Sedikit esen vanila

Cara-caranya
  1. Masakkan agar2 bersama gula
  2. Dan air hingga larut
  3. Masukkan susu cair dan esen vanila
  4. Masak sampai didih..kecil kan api
  5. Kemudian bila agar2 biru dah sedikit keras
  6. Cakarkan permukaan dgn garpu..rata2
  7. Masukkan agar2 susu tadi..
  8. Sejukkan hingga keras ..
  9. Baru kuarkan dari acuan..
  10. Kalau nak mudah kene masak asing..agar2 biru dan susu..

Selamat mencuba.. (^_^)


Sambil-sambil buat puding lautan biru yang damai tu....

Jom layan video cara nak turunkan berat badan paling berkesan.

Cara Turunkan Berat Badan Paling Selamat & Berkesan


Ingin dapatkan produk Shaklee?


Klik di bawah untuk terus whatsapp aida.



Minat Untuk Buat Pembelian Shaklee Online.


NAK MENJADI PENGEDAR SHAKLEE?

Berminat untuk menjadi pengedar shaklee dengan modal rendah, jana pendapatan dengan untung runcit + bonus tunai tiap-tiap bulan dan pelbagai lagi kelebihan ahli shaklee.
Jom sertai AuraRJH Family bersama saya. Dengan bimbingan tanpa putus. "Percaya Sebelum Berjaya, Cipta Peluang Niaga Jutawan, " InsyaAllah anda Leaders Shaklee yang hebat!

Tiada ulasan:

Pelawat RJH

Follow Us @aurarjh_byaida