6 Mac 2018

# Collagen Shaklee # Kolagen Shaklee

5 Sebab Kolagen Perlu Di Ambil Hari Ini

Bila cakap je pasal kolagen mesti terfikir pasal kulit glowing, kulit licin, kulit gebu, kulit halus dan kulit cantik berseri-seri. Tapi tanpa kita sedar, setiap hari kolagen semakin berkurang dalam badan kita. Sebab itulah penting mulai sekarang! Kita perlu menjaga tahap kolagen optimum. Jom amalkan pengambilan Kolagen untuk mendapatkan kulit sihat cerah cantik berseri-seri. Nak tahu lagi sebab-sebab pentingnya Kolagen nie? Jom baca lagi..



Apakah 5 Sebab Kolagen Perlu Di Ambil Hari Ini? 


1# KOLAGEN ADALAH BAHAN UTAMA UNTUK KULIT YANG LEBIH TEGANG

30% protein dalam badan adalah kolagen. Ia memegang semua sel kulit bersama, mengekalkan keanjalan kulit dan memastikan ikatan bahagian dalaman dan luaran kulit tetap kuat. Pendedahan kepada pelbagai faktor termasuk umur boleh menyebabkan kulit kita semakin hilang keanjalan dan ketegangan. Pengambilan suplemen kolagen setiap hari boleh bantu kita nyahkan kulit kendur dan berkedut!



2# KOLAGEN MENYOKONG KESIHATAN SENDI

Disebabkan kolagen membentuk blok bangunan asas sendi, ia memainkan peranan penting untuk menyokong kekuatan, fleksibiliti dan pergerakan sendi. Ia kaya dengan asid amino untuk memberikan sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seperti tulang rawan, tulang, tendon dan ligamen untuk menyokong gaya hidup aktif kita. Sebab itulah ramai yang amalkan kolagen boleh bantu untuk solat lebih mudah. Alhamdulillah sangat membantu harian kita.



3# KATAKAN YA KEPADA RAMBUT DAN KUKU SIHAT

Tahukah kita? rambut dan kuku kita memerlukan kolagen untuk kekuatan dan keanjalan. Dengan mempunyai gudang penyimpanan kolagen yang mencukupi, ia menyokong penyerapan nutrien pada kulit kepala dan membina semula struktur asas kuku, supaya mereka tumbuh sihat serta menyihatkan rambut kita agar lebih berkilat dan kuku yang kuat. Tak percaya? cubalah sendiri. Yang Pasti! Puas Hati (^_^)



4# OH TIDAK! PENGHASILAN KOLAGEN BERKURANGAN SETIAP TAHUN

Menurut Pembantu Profesor dermatologi di University Of Pittsburgh dan Pengarah Pembedahan Kosmetik dan Pusat Kesihatan Kulit, selepas umur 20 tahun, badan menghasilkan kurang 1% kolagen berbanding tahun sebelumnya. Pengurangan ini membawa kepada garis halus, kedutan, dan kulit yang kering serta kusam. Jadi jangan biarkan keserian wajah kita semakin lesu tak bermaya. Jom dapatkan kulit yang lebih muda tahun demi tahun, jom ambil kolagen sekarang!



5# KOLAGEN ANDA ROSAK SETIAP HARI

Pencemaran alam sekitar, bahan kimia berbahaya dan sinar UV menghasilkan radikal bebas di bawah kulit kita, menyebabkan kerosakan termasuk kolagen. Pendedahan berterusan kepada faktor ini dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan tahap kolagen menjadi rendah, menyebabkan penuaan pramatang. Walaupun kita tidak boleh mengelakkan diri dari pencemaran ini dan sinar UV, kita boleh mengekalkan tahap optimum kolagen untuk kulit yang sihat, muda melalui pengambilan harian kolagen.



Apakah Vitamin Untuk Kekalkan Kolagen Dalam Badan Kita?

Tara!! Kita boleh amalkan Set Be Youthful, 2 gabungan vitamin penting untuk kekalkan kolagen dalam badan iaitu Collagen Powder dan Vitamin C untuk kekalkan tahap Kolagen optimum dalam badan kita. 



Ingin dapatkan produk Shaklee?


Klik di bawah untuk terus whatsapp aida.



Minat Untuk Buat Pembelian Online Shaklee.


NAK MENJADI PENGEDAR SHAKLEE?



Berminat untuk menjadi pengedar shaklee dengan modal rendah, mampu menambah pendapatan dengan untung runcit + bonus tunai setiap bulan dan pelbagai lagi kelebihan ahli shaklee.

Jom sertai AuraRJH Family bersama saya. Dengan bimbingan tanpa putus. "Percaya Sebelum Berjaya, Cari Peluang, Usah Beralasan" InsyaAllah anda adalah Leaders Shaklee yang kami cari.


Tiada ulasan:

Pelawat RJH

Follow Us @aurarjh_byaida