17 Januari 2015

# Vitalea for Children

Pemakanan Anak Lebih Berkhasiat - Vitalea For Children

Anak saya kurang selera makan
Anak saya sering makan fast food
Anak saya tak suka makan sayur

Aida faham perasaan ibu-ibu yang risau akan kesihatan anak-anak dalam mendapatkan makanan yang berkhasiat untuk proses tumbesaran anak yang lebih baik.

Jom baca petikan dari sinar harian mengenai Pemakanan Pergaruhi Tumbesaran Anak di bawah:

PAKAR psikologi, pemakanan dan pediatrik menasihati ibu bapa di Malaysia untuk menyediakan pemakanan yang sesuai dengan keperluan setiap peringkat tumbesaran kognitif anak-anak bagi mengoptimumkan sokongan pemakanan untuk perkembangan mental yang sihat.

Turut menyokong pandangan ini ialah Dr. Alvin Ng Lai Oon, Profesor Madya di Jabatan Psikologi Universiti Sunway; Profesor Dr. Poh Bee Koon, Ketua Program Sains Pemakanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); dan Dr. Yong Junina Fadzil, Penasihat Pediatrik.

Dr. Ng, yang juga Penyiasat Perkembangan Kognitif untuk kajian SEANUTS - Southeast Asian Nutrition Surveys - kajian ke atas kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun di Indonesia, Thailand, Vietnam dan Malaysia mengenai hubungan antara status pemakanan dan prestasi kognitif mereka.

Di Malaysia, hasil kajian menunjukkan kanak-kanak mengalami kekurangan nutrisi (tubuh yang kurus, kurang berat badan dan ketinggian terbantut) serta alami masalah berlebihan nutrisi (berat badan berlebihan, obes dan terlalu obes) mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat skor bawah purata IQ.

Dr. Poh, selaku Penyelidik Utama SEANUTS Malaysia merumuskan: Pemakanan merupakan faktor penting yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan yang berterusan mengikut peringkat umur kanak-kanak.

Kekurangan makanan yang sihat boleh mengakibatkan pertumbuhan fizikal terbantut, perkembangan otak yang perlahan serta mengurangkan sistem imunisasi badan. Kajian prestasi kognitif SEANUTS menunjukkan kesan pemakanan terhadap pembangunan mental dan kepintaran kanak-kanak.

Dr. Ng memulakan perbincangan dengan memberi pandangan beliau mengenai pembangunan mental kanak-kanak. Kanak-kanak belajar secara aktif dan pembangunan kognitif merujuk kepada bagaimana kanak-kanak mengumpul, mengasingkan dan memproses maklumat sekeliling mereka, dan menggunakan maklumat itu untuk melihat, memahami serta mempelajari tentang dunia mereka.

Dalam erti kata lain, kanak-kanak belajar dan memperoleh kepintaran dan kecerdikan semasa mental mereka sedang berkembang.

"Untuk mengenal pasti sama ada kanak-kanak membesar secara normal atau sihat, ibu bapa dan penjaga perlu melihat kepada pencapaian perkembangan atau keupayaan yang dicapai oleh kanak-kanak pada peringkat umur yang berbeza.

"Tidak seperti pencapaian fizikal, pencapaian kognitif atau kemajuan mental adalah tidak begitu jelas. Keupayaan untuk menemukan barang permainan yang dilitupi kain dan memadankan bentuk serta warna, mungkin merupakan langkah fizikal, namun mereka memerlukan proses mental dan kebijaksanaan bagi membolehkan mereka melakukannya," kata Dr. Ng.

Menambah kepada penjelasan Dr. Ng, Dr. Yong Junina berkata, ada beberapa pencapaian penting yang ibu bapa harus perhatikan, termasuklah pencapaian mental, fizikal, emosi dan sosial.

“Aspek-aspek pembangunan dan pencapaian kanak-kanak seperti ini membolehkan ibu bapa mengawasi perkembangan dan tumbesaran anak mereka secara keseluruhan. Pakar kanak-kanak biasanya menganggarkan keupayaan tumbesaran kanak-kanak melalui pemerhatian dan keterangan ibu bapa tentang pencapaian anak mereka,” katanya.

Khasiat nutrisi boleh membantu menyokong perkembangan mental kanak-kanak. Menurut Dr. Ng, khasiat yang betul membantu membina otak, rangsangan daripada ibu bapa dan penjaga membantu memperkembangkan sifat ingin tahu, mahu meneroka, kreativiti dan pembelajaran - dalam perkataan lain, kebijaksanaan!”

Dr. Poh mengesahkan bahawa khasiat yang berbeza diperlukan pada pelbagai peringkat perkembangan untuk otak yang sihat dan aktif. “Penting bagi kanak-kanak membina otak dan sistem ototnya untuk membolehkan mereka berjalan dan bercakap. Terdapat pelbagai khasiat penting yang boleh menyokong perkembangan otak dan proses tumbesaran mereka seperti protein, asid amino, DHA, magnesium, vitamin B dan kalsium,” katanya.

Dr. Poh berkata, khasiat-khasiat ini memainkan peranan penting dalam menyokong proses perkembangan mental kerana ia juga berkait rapat dengan prestasi tingkah laku.

“Sebagai contohnya, magnesium memainkan peranan dalam proses pembelajaran dan daya ingatan serta penting untuk tenaga bagi otak: ini dapat membantu kanak-kanak berusia empat tahun ke atas yang belajar cara untuk mengadaptasikan apa yang dipelajari melalui proses kreatif. Selain membantu pertumbuhan tulang dan melancarkan fungsi otot, Vitamin D sebenarnya melindungi mata dan daya penglihatan kanak-kanak, iaitu alat penting untuk sifat ingin tahunya,” kata Dr. Poh. sumber: http://www.sinarharian.com.my


Jika ibu mahu berikan makanan yang berkhasiat boleh dapatkan anak-anak kita Vitalea for Children yang sangat sedap tanpa gula dengan perasa anggur yang asli. 

Harga sebotol Vitalea for Children cuma RM117.93, kalau nak dibandingkan dengan 18 vitamin dan mineral penting yang lengkap dalam 1 hidangan. Anak-anak sekarang kan memilih makanan & sayur pun susah nak makan. Jadi kita boleh cuba berikan anak Vitalea For children ini untuk cover nutrisi yang diperlukan oleh anak-anak secara lebih mudah dan sangat selamat.


15 Manfaat Vita-Lea for Children

Antara manfaat vitalea for children ialah:
  1. Melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi oleh pemakanan seharian
  2. Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  3. Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  4. Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  5. Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
  6. Melindungi kesihatan jantung, otot dan fungsi saraf
  7. Meningkatkan kesihatan paru-paru, kolon dan prostat
  8. Menyokong pembinaan tulang yang kuat dan kesihatan tulang
  9. Membekalkan makanan kepada sel badan untuk tubuh yang lebih sihat dan bertenaga
  10. Mengekalkan tekanan darah yang normal dan rentak jantung yang normal
  11. Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelak anemia
  12. Membantu memulihkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan
  13. Membantu meningkatkan kecerdasan minda
  14. Membantu seimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
  15. Membantu penyerapan zat dari makanan

Dengan adanya suplemen seperti ini, ibu bapa tidak perlu risau lagi jika anak anda tidak suka makan makanan berkhasiat.
Pengambilan 2 biji vitalea for children, bersamaan 1.5 cawan tembikai cantaloupe + 6oz jus oren + 3 gelas susu + 10 sudu makan peanut butter + 4 mangkuk brokoli + 1.5 mangkuk sayur bayam + 6.5 mangkuk pucuk brussels + 3 mangkuk kacang merah. 
Sumber: http://www.ibumadeeha.com


Berikan yang terbaik untuk anak-anak. Untuk pesanan sekarang? Boleh klik ORDER NOW untuk pembelian online melalui eSell Shaklee.



Ingin dapatkan produk Shaklee?


Klik di bawah untuk terus whatsapp aida.



Minat Untuk Buat Pembelian Online.


NAK MENJADI PENGEDAR SHAKLEE?

Berminat untuk menjadi pengedar shaklee dengan modal rendah, mampu menambah pendapatan dengan untung runcit + bonus tunai setiap bulan dan pelbagai lagi kelebihan ahli shaklee.

Jom sertai AuraRJH Family bersama saya. Dengan bimbingan tanpa putus. "Percaya Sebelum Berjaya, Cari Peluang, Usah Beralasan" InsyaAllah anda adalah Leaders Shaklee yang kami cari.


Tiada ulasan:

Pelawat RJH

Follow Us @aurarjh_byaida