4 Jun 2017

# B-Complex # Gla Complex

Kawal Paras Gula Dalam Darah Dengan Set Diabetes Shaklee

Assalammualaikum wbt.. kita sedar atau tidak sedar, diabetes di Malaysia semakin hari semakin meningkat malah diabetes juga membawa kepada masalah kesihatan yang lebih kritikal, sehingga membawa maut. Mahu atau tidak kita mesti kawal paras gula dalam badan kita kerana mencegah dari awal lebih baik dari mengubati. 

Antara gejala atau tanda-tanda diabetes adalah:
  • Kerap alami ruam, gatal dan jangkitan kulit 
  • Rasa gatal di kemaluan dan jangkitan vagina pada wanita 
  • Tangan dan kaki terasa kebas
  • Selalu rasa haus/dahaga dan kebanyakan pesakit menginginkan minuman manis
  • Kerap buang air kecil termasuk pada waktu malam 
  • Cepat rasa letih/penat dan tidak bermaya
  • Berat badan Susut dengan cepat
  • Gangguan penglihatan
  • Penyembuhan luka yang lama 
  • Luka atau kudis lambat sembuh 
  • Dehidrasi
  • Nafsu makan meningkat 


Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:

Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.


Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).


Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:
  • Kurangkan makan makanan manis
  • Ambil makan seimbang
  • Sentiasa bersenam
  • Ambil ubat-ubatan yang dibekal doktor
  • Kawal berat badan secara ideal

Selain dari itu, anda boleh cuba ikhtiar dengan 3 suplemen shaklee ini yang boleh mengawal paras gula dalam darah disamping menjaga kesihatan dalaman tubuh secara semulajadi, kerana ia jugak sangat membantu anda. Bagaimana ia membantu? jom baca lagi. 
B Complex
  • Bantu menukarkan Gula kepada Tenaga
  • Bantu mengurangkan keletihan

GLA Complex
  • Bantu menghalang komplikasi diabetes
  • Memberikan kesan positif kepada diabetes nueropathy.

Vitamin C atau SR Vita C Puls
  • Membantu penghasilan insulin
  • Membantu percepatkan pemulihan luka
  • Menghalang glukosa dalam sel badan
  • Mengawal komplikasi diabetes.

Sayangi diri dan keluarga anda. Kawal sebelum terlambat. Kita mungkin boleh beli apa yang kita nak untuk hidup bahagia dan pakai pakaian yang cantik-cantik. Tapi kita tidak boleh beli kesihatan yang Allah berikan kepada kita. Sebelum bertawakal dengan apa yang berlaku, kita wajib usaha/ikhtiar untuk mendapatkan penawar. Baca Testimoni Diabetes/Kencing Manis


Berminat untuk dapatkan Set Diabetes Shaklee ini sekarang?
Kawal Kencing Manis Anda dengan Set Diabetes Shaklee Berharga RM258.38 Sahaja.

Tiada ulasan:

Pelawat RJH

Follow Us @aurarjh_byaida