20 Ogos 2018

Risiko Kanser Payudara

Bila dengar je isu kanser payudara nie.. memang tak sedap duduk aida.. seram pun ada.. sebab apa? sebab kita semua (kaum hawa) berisiko untuk kena kanser payudara dan ada juga wanita lebih berisiko daripada yang lain. 



Kenapa jadi begitu?

Ok aida beri sikit info mengenai risiko kanser payudara yang makin berisiko berbanding wanita biasa

Risiko kanser payudara berlaku pada seorang wanita itu sebab mereka ada:
  • sejarah keluarga (emak, adik-beradik perempuan, anak perempuan pernah hidap kanser payudara).
  • pernah menghidap kanser payudara.
  • menghidap kanser ovari atau rahim.
  • sejarah haid (datang haid awal - awal 12 tahun, putus haid lambat - selepas 50 tahun).
  • sejarah kelahiran (tiada anak, atau melahirkan anak pada usia lanjut).
  • makan makanan yang banyak lemak haiwan
  • pengambilan estrogen tambahan.
  • peningkatan umur.
  • minum arak.

Seram! ye memang menyeramkan...

Nauzubillahmizalim.. Kita minta Allah jauhilah kita dari risiko kanser payudara nie..

Ini pula tanda awal yang mungkin berlaku kepada pesakit kanser payudara



Tanda-tanda yang kita boleh kenalpasti
  • ada ketulan
  • ada cecair/ darah keluar 
  • ada perubahan warna pada payudara
  • ada kelainan pada puting payudara

Jika ini berlaku.. cepat-cepat jumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya

Tiada ulasan:

Pelawat RJH

Follow Us @aurarjh_byaida