12 Jun 2021

# RESEPI

RESEPI : Cara Buat Tempe Homemade


Cara buat tempe gerenti jadi 


Anggaran sukatan 

1 kilo kacang soya

1 sudu ragi

1 sudu tepung jagung


1) Mula rendam kacang soya selama 5 jam.


2)Lepas tu rebus kacang selama 25 minit tutup api biar kan kacang soya tu terendam semalam dalam air rebusan tu.


3) Buang air rebusan tu basuh kacang soya sambil di ramas2 untuk buang kulitnya ...bilas beberapa kali sampai kulit nya habis semua.


4) Rebus lagi kacang soya selama 25 minit


5) Tos kan air nya...lepas tu kacang soya di keringkan sampai betul2 kering ( tak perlu bilas)


6) Dah kering gaul kan kacang soya dengan ragi + tepung jagung 

Ragi tu Akak beli kat shoppe rm 4 100 gm. 100 gm tu boleh 2 kali buat tempe.


7) lepas tu masukkan dalam plastik di seal lepas tu di cucuk2 dengan lidi.( Kalau nak tempe gemuk letak padat2)


8)simpan tempe dia tempat gelap dan panas semalaman.


9) jangan di tindan2 yer.letak satu2 dalam bakul. tutup dengan surat khabar pun ok.


Ikut betul2 cara di atas...Insha Allah menjadi....dah boleh buat busines tempe.


Selamat mencuba!


Ingin dapatkan produk Shaklee?


Klik di bawah untuk terus whatsapp aida.



NAK MENJADI PENGEDAR SHAKLEE?


Berminat untuk menjadi pengedar shaklee dengan modal rendah, jana pendapatan dengan untung runcit + bonus tunai tiap-tiap bulan dan pelbagai lagi kelebihan ahli shaklee.
Jom sertai AuraRJH Family bersama saya. Dengan bimbingan tanpa putus. "Percaya Sebelum Berjaya, Cipta Peluang Niaga Jutawan, " InsyaAllah anda Leaders Shaklee yang hebat!

Tiada ulasan:

Pelawat RJH

Follow Us @aurarjh_byaida