Perbezaan 4 Jenis Tepung Beras..
1. Tepung Beras Cap 1 Gajah
Sangat sesuai untuk menggoreng seperti untuk membuat adunan untuk pisang goreng, keledek, keladi, cempedak, adunan gorengan ikan, goreng mamak, goreng berempah. Tepung ini sangat rangup dan sesuai juga untuk membuat rempeyek dan tumpi kacang hijau.
2. Tepung Beras Cap 3 Gajah
Sangat sesuai untuk membuat kuih-kuih tradisional seperti kuih koci, apam beras eno dan pelbagai jenis kuih lagi. Tepung jenis ini akan menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat.
3. Tepung Beras Cap 5 Gajah
Tepung beras cap gajah 5 ini pula sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee kerana tepung beras jenis ini lebih kental.
4. Tepung Beras Cap Teratai
Tepung beras cap teratai ini sangat sesuai untuk membuat rempeyek dan apam. Jika digunakan untuk membuat apam rasa tepungnya akan kurang. Jika buat rempeyek dan tumpi, hasilnya akan menjadi sangat rangup.
kredit : blog daily makan
kredit gambar : vanilla kismis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan