15 Ogos 2017

# Alfalfa Complex # B-Complex

7 Tips Atasi Sembelit Teruk Semasa Ibu Berpantang

Apabila selesai melahirkan bayi yang comel lagi sihat, ibu semestinya rasa lebih damai hati dapat melihat bayi yang dikandung sudah di depan mata ibu tersayang. Lagi indah apabila ibu bersalin/berpantang tidak mengalami masalah sembelit teruk dan bayi sihat tanpa masalah sakit kuning. Sangat mengembirakan jika masalah sembelit dan sakit kuning bayi tiada sebaik sahaja selesai melahirkan. Inilah yang semua ibu inginkan dan ia lebih tenang apabila anda berkenalan dengan Set Berpantang Shaklee. Segalanya lebih mudah dan ceria bersama shaklee. Oleh itu, saya nak kongsi 7 tips untuk atasi masalah sembelit teruk ibu berpantang.


Apakah 7 Tips Untuk Atasi Masalah Sembelit Ibu Berpantang?
  • Ambil buah-buahan dan sayuran setiap hari. Pastikan buah/sayur yang diambil tidak bersifat sejuk sebagai contoh buah oren.
  • Minum air suam/mineral sebanyak yang mungkin untuk membantu proses pembuangan dan melembutkan najis.
  • Cuba berjalan sikit demi sikit, jangan duduk terlalu lama utk elak sembelit lebih teruk.
  • Segera ke tandas jika ada rasa mahu membuang. 
  • Ketika membuang jangan meneran, tapi tolak dengan nafas dalaman (Tarik nafas panjang, hembus nafas dalam badan sambil bayangkan nafas kita tolak najis) Teknik ini adalah teknik untuk bersalin tanpa koyak. Alhamdulillah ia juga berkesan untuk hilangkan sembelit. 
  • Guna tandas duduk. Jangan mencangkung. 
  • Ambil Suplemen. Saya cadangkan ibu berpantang amalkan Ostematrix Shaklee.


Dalam Ostematrix Shaklee bukan hanya ada Kalsium tetapi juga mengandungi Magnesium yang sangat penting untuk bantu lancarkan pembuangan najis, lebih mudah tanpa paksaan dan tanpa perlu meneran pun. Itu baru satu suplemen. Anda tahu tak? Set berpantang Shaklee boleh diambil semasa hamil, selepas bersalin dan semasa menyusu bayi yang mengandungi ESP, Ostematrix, Vita C, B Complex, Alfalfa dan Vitalea Iron formula (jika anda alami masalah bengkak susu) anda boleh tambah Lecithin utk atasi masalah itu.





Testimoni Najihah 
~ Sembelit Teruk Semasa Berpantang Tiada Lagi Dengan Shaklee

Masih ingat lagi kata-kata suami saya bila dia tengok saya sengsara akibat sembelit yang sangat teruk semasa pantang kan anak pertama kami, Aqeef Danial 6 tahun yang lepas.

Tapi tu lah, orang perempuan ni, teruk macammana pun pengalaman mengandung, bersalin dan berpantang, tak serik lagi nak baby lagi kan.

Teruk pengalaman sembelit saya. Lebih-lebih lagi suami tiada di sisi sebab saya berpantang di rumah mak kan. Bila rasa nak membuang tu datang, menangis-nangis saya menahan sakit. Gesa tu semacam gesa contraction. Nak sangat keluar tapi sakit sangat di bahagian dubur jadi saya tahan dari keluar.

Agak pelik juga sebab saya kena sembelit setelah 3 minggu berpantang. Saya minum air banyak dan makan oren sunkist dari awal berpantang seperti yang dicadangkan oleh nurse KK, tapi saya masih lagi kena sembelit.

Saya pergi ke klinik swasta dan doktor beri gel kebas dan ubat pelawas. Sapu dahulu di bahagian dubur sebelum nak membuang. Lega sikit sebab tak rasa sakit luka di bahagian tu, tapi tetap penuh penyeksaan nak mengeluarkan najis yang sudah mengeras tu.

Tak serik nak baby. Berpantang anak kedua saya ambil Set Postnatal Shaklee. Saya memang sudah mulakan dengan Set Prenatal semasa mengandung anak kedua ni.

Alhamdulilah bila tahu Ostematrix dalam Set Postnatal tu boleh membantu mengatasi masalah sembelit, malam pertama selepas bersalin tu je, terus saya makan 4 biji Ostematrix. Esok bangun pagi sangat lawas. Takde rasa seriau pun nak membuang walaupun baru je lepas bersalin.


Sepanjang pantang sehingga selepas pantang pun saya terus amalkan makan vitamin Shaklee. Alhamdulilah memang tiada masalah sembelit. Anak kedua dan ketiga, mereka memang Baby Shaklee saya.

Berminat untuk dapatkan set berpantang shaklee anda sekarang?
Jom beli sekarang.

Tiada ulasan:

Pelawat RJH

Follow Us @aurarjh_byaida