Resepi Bakso Sedap & Senang
Kredit : Farhana Kasmani
Bahan-bahan :
500g daging potong2 kecil
1 inci halia (hiris)
1 paket bebola daging Mohamad Armiya
2 sup bunjut
2 paket perencah sup siam Adabi
*6 biji bawang merah yg kecik
*5 ulas bawang putih
*bawang mayang halus...goreng sampai perang.
Lada hitam & serbuk lada sulah secukup rasa
Garam secukup rasa
Celur 1 bungkus bihun/mi kuning
Bahan sampingan masa nak makan nanti :
Daun sup (batang daun sup boleh masuk dalam sup tadi)
Bawang goreng
Kobis bulat.. racik halus-halus ..
Boleh rujuk gambar untuk cara cara nya...
Sambal kicap :
Segenggam cili padi
5 ulas bawang putih
1 biji besar bawang merah
Rebus semua bahan 👆 sampai layu
Lepas da rebus...tos kan bahan..masuk dlm blender...
Masuk kan 1 biji limau kasturi serta jus nya sekali (buang biji dulu)..
Masukkan bawang goreng 1 sudu besar...
Masukkan kicap manis sampai bahan bahan tenggelam dengan kicap ...
Blend kan...siap...
Kalau suka manis..boleh tambah gula lagi...
Masak sekejap untuk bagi tahan lama...
Doakan ibu mertua Farhana Kasmani (Maimunah Binti Misnan) diberi kesihatan dan berada dalam rahmat Allah sentiasa.
Selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan