26 Julai 2022

# RESEPI

Resepi Sotong Butter


RESEPI SOTONG BUTTER

Kredit kpd Pemilik Resepi


Bahan-bahan :

Sotong goreng tepung :

250g sotong

1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung jagung

1 sk tepung penaik

1 sk serbuk lada putih berperisa

1 biji telur


Sos Buttermilk :

50g mentega

2 ulas bawang putih

3 biji cili api

4 tangkai daun kari

150ml susu segar/UHT/cair

2 sb susu pekat

2 keping keju cheddar


Cara-cara:

1.Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan serbuk lada putih berperisa ke dalam mangkuk dan gaul rata.

2.Pecahkan sebiji telur dan gaul sotong dengan tslur.

3.Kemudian, salut sotong dengan campuran tepung.

4.Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan tos minyak.

5.Cairkan mentega dan tumis bawang putih, cili api dan daun kari sehingga naik bau.

6.Masukkan susu cair dan susu pekat manis dan biarkan mendidih.

7.Masukkan keju cheddar dan gaul sehingga keju cair.

8.Masukkan sotong yang sudah digoreng ke dalam kuali dan gaul sehingga sekata .


Selamat mencuba!


Tiada ulasan:

Pelawat RJH

Follow Us @aurarjh_byaida