Memaparkan catatan dengan label Set Ibu Hamil Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set Ibu Hamil Shaklee. Papar semua catatan

31 Mac 2019

Keputihan Teruk Ketika HAMIL

Mac 31, 2019 0 Comments
ramai ibu hamil mengadu dengan aida..

tak tahan dengan masalah keputihan ketika hamil..

masalah keputihan semakin teruk sehingga seorang ibu tidak dapat menahan rasa terlampau gatal dan berbau busuk di tuuuup..huhu..

sampai tak boleh nak tidur..huhu

isu ni amat sukar diungkap dengan kata-kata..

Hanya Allah sahaja tahu apa yang ibu-ibu rasainya..


Tapi bila aida amati masalah keputihan ketika hamil, ibu ini juga alami penyakit kencing manis (terpaksa ambil suntikan insulin) dan darah tinggi.

Aida harap dengan perkongsian ini dapat bantu semua ibu yang hadapi masalah keputihan teruk ini..

jika ibu alami masalah yang sama.

ibu boleh amalkan 5 vitamin shaklee ini..

iaitu

Vitamin C
Garlic Complex
ESP
OmegaGuard
Ostematrix



semoga ibu dapat nikmati kehamilan yang lebih sihat dan bertenaga.aamiin..

ibu nak dapatkan set asas ibu hamil ini.

boleh terus hubungi Aida di 01112909102.

di bawah testimoni keputihan ketika hamil



Ingin dapatkan Set Asas Ibu Hamil Shaklee?


Klik di bawah untuk terus whatsapp aida.



Minat Untuk Buat Pembelian Online.

NAK MENJADI PENGEDAR SHAKLEE?


Berminat untuk menjadi pengedar shaklee dengan modal rendah, mampu menambah pendapatan dengan untung runcit + bonus tunai tiap-tiap bulan dan pelbagai lagi kelebihan ahli shaklee.
Jom sertai AuraRJH Family bersama saya. Dengan bimbingan tanpa putus. "Percaya Sebelum Berjaya, Cipta Peluang Niaga Jutawan, " InsyaAllah anda Leaders Shaklee yang hebat!

18 Oktober 2017

Apakah Vitamin Penting Untuk Ibu Hamil?

Oktober 18, 2017 0 Comments
Anda berjaya hamil (mood happy) tiada kata selain ucapan syukur (alhamdulillah) yang tidak terhingga, apabila anda sudah berpeluang menjadi seorang ibu kepada bayi yang bakal dilahirkan hasil cinta suci anda bersama suami tercinta. 

Namun tempoh kehamilan seorang ibu sangat mencabar. 

Persediaan fizikal, emosi dan rohani sangat mempengaruhi dan kadang ia sering berubah-ubah bergantung kepada individu. 

Oleh itu, ibu jangan lupa ambil vitamin tambahan yang disediakan oleh klinik, untuk membantu perkembangan bayi lebih sihat dan juga untuk menjamin kesihatan ibu sendiri. 


Apakah vitamin penting untuk ibu hamil? 


Terdapat 6 vitamin dan nutrien penting untuk ibu hamil iaitu:

1. Zat Besi
Seorang ibu hamil mengepam lebih banyak darah ke seluruh badan. Kandungan darah ibu hamil lebih 50% dari biasa. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan sel darah merah menyebabkan anemia dan sangat bahaya kepada kandungan dan ibu sendiri.

2. B Complex
Ibu hamil memerlukan 7 nutrien dalam B Complex, terutama Asid Folik bagi tumbesaran bayi yang sempurna. B Complex sangat penting untuk pemeliharaan sel darah merah dan juga sistem saraf.

3. Vitamin C
Vitamin C sangat penting untuk penyerapan zat besi. Walaupun ibu dah makan zat besi tapi tanpa vitamin C, ibu tetap berpotensi untuk mendapat anemia.

4. Minyak Ikan
Minyak ikan sudah diketahui sangat penting untuk kesihatan otak, dan juga sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sangat penting untuk tindakbalas hormon.

5. Kalsium
Apabila badan kekurangan kalsium, ia boleh menyebabkan masalah pada tulang dan otot. Ibu hamil yang kurang kalsium berisiko untuk mengalami sakit-sakit tulang dan kekejangan otot.

6. Protein
Protein adalah nutrisi yang sangat penting.Ia adalah blok binaan bagi sel-sel badan kita. Protein yang sihat membina sel badan yang sihat serta otot yang sihat. Otot yang sihat mengelakkan pengumpulan lemak dalam badan.
Sumber: VitaminSemulajadi.com


Kesemua vitamin di atas ada dalam Set Ibu Hamil dari suplemen shaklee iaitu Vitalea, Vitamin C, ESP, B Complex, Ostematrix dan Omega Guard.

Inilah vitamin penting untuk ibu hamil yang perlu anda amalkan seawal kehamilan sehingga selamat melahirkan bayi.


Untuk pesanan Set Ibu Hamil ini, anda boleh membuat belian secara online. 


Jom dapatkan vitamin penting untuk ibu hamil sekarang!

Anda dah buat keputusan? Whatsapp saya segera. 

2 Jun 2017

10 Info Mengenai Bayi Dalam Rahim Yang Wajib Anda Ketahui

Jun 02, 2017 0 Comments
Di Alam Rahim Ibu cukup membuat kita rasa teruja dengan kebesaran Allah Maha Agung Maha Pencipta Sekalian Alam. Alhamdulillah.. Syukur kehadrat illahi, hari ini aida dapat berkongsi 10 info mengenai apa yang berlaku pada janin sehingga cukup sifat menjadi seorang bayi yang comel.



10 Info Bayi Yang Wajib Anda Tahu ialah:

Info #1: Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.


Info #2: Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.


Info #3: Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehingga usianya 5 bulan.


Info #4: Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.


Info #5: Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.


Info #6: Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.


Info #7: Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.


Info #8: Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.


Info #9: Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.


Info #10: Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel..

Sumber - Dr. Siti Sabariah Ismail



SET IBU HAMIL DAN BERPANTANG SHAKLEE sangat diperlukan sebagai makanan tambahan yang membantu ibu hamil dapat nutrisi lengkap bagi melahirkan bayi yang daya tahan sistem imum badan stabil, sihat dan pintar. Sekaligus membuatkan badan ibu lebih cepat pulih dari luka bersalin, rasa bertenaga, tiada masalah sembelit teruk, kurangkan masalah kemurungan, dan set ini membantu badan ibu sentiasa segar walaupun penat bekerja serta menguruskan rumahtangga setiap hari. KLIK SINI utk info lebih lanjut.

7 April 2017

Berjaya Menyusukan Bayi dengan Set Menyusu Sekaligus Kulit Kusam Hilang

April 07, 2017 0 Comments
Assalamualaikum, Saya mula menggunakan Set Menyusu Shaklee sejak Julai 2013. Waktu itu saya menyusukan bayi sepenuhnya sehingga berusia 9 bulan. Sewaktu anak pertama, saya cuma dapat menyusukan 4 bulan sahaja. Oleh itu apabila mengandung kali ke dua, saya berniat untuk menyusukan bayi sepenuhnya dan mula mencari info mengenai penyusuan. 


Pada mulanya saya ingatkan hanya mampu menyusukan bayi begitu sahaja dan tidak berniat untuk mengambil sebarang supplement. Masalah timbul bila susu mula kurang dan Maira menolak sepenuhnya susu formula. Kebiasaannya apabila pulang dari kerja, saya akan menyusukan bayi terlebih dahulu. Ini kerana Maira taknak menyusu lagi apabila petang melalui susu botol.


SET MENYUSU SHAKLEE


Bayangkan sebaik saja pulang dari rumah pengasuh, terpaksa menyusukan Maira lebih dari 2 jam. Adakalanya pukul 10 malam baru dapat mandi dan makan malam. Begitu juga di tengah-tengah malam, Maira terjaga dan akan menyusu sehingga pagi. Saya membuat order yang pertama pada seorang rakan iaitu Set Menyusu Bajet, Alfalfa dan ESP. Dalam masa yang sama, saya tetap pam susu seperti biasa kerana stok semakin berkurangan.


Pada minggu pertama saya amalkan set menyusu ini, saya tetap pam seperti biasa. Agak kecewa apabila susu yang dipam tidak begitu menggalakkan juga. Mungkin masih terlalu awal. Saya makan Alfalfa mengikut dos dan ESP 2 kali sehari. Masuk minggu kedua, Maira nampak kenyang bila menyusu. Tidak perlu lagi menyusu sehingga 2 jam seperti sebelum ini. Malah tidur malam juga lebih lena.


Alhamdulillah, syukur dan lega. Setelah hujung bulan, saya tambah Set Menyusu fullset seperti Vitalea, Vitamin C, Vitamin B, Lecithin, Ostematrix dan terus daftar ahli untuk mendapat harga yang lebih murah. Saya juga rasa kurang penat dengan rutin kerja harian. Kebiasaannya saya keluar rumah pada pukul 7 pagi dan balik kerja pukul 6.30 ptg. Saya tinggal di rumah flat tingkat 5 yang tidak berlift. Mujur juga pengasuh anak berada di tingkat yang sama.


Sebaik saja mengambil anak di rumah pengasuh, susukan Maira sehingga kenyang ataupun dia tertidur. Kemudian akan masak untuk makan malam. Waktu dulu juga menggunakan mesin basuh manual. Memang sejak amalkan Set Menyusu Shaklee ni memberikan satu tenaga yang saya rasa rugi pula hanya duduk tanpa membuat kerja rumah kerana tidak berasa penat.


Dalam 2-3 bulan kemudian ramai yang menegur kulit wajah semakin berseri. Ya, muka saya memang kusam sebelum ini tetapi saya jarang mengambil berat mengenai maslah kulit wajah kerana sibuk menguruskan urusan seharian. Tak sempat nak belek-belek muka. Rupa-rupanya Set Menyusu Shaklee ini bertindak dengan memberikan pelbagai kebaikan kesihatan dan kecantikan juga. Kerana apabila tubuh cukup vitamin, kulit juga akan cantik. Semakin berseri.


Apa lagi Shaklee Effect pada saya yer?

Selepas 3 bulan mengamalkan Shaklee, period kembali stabil. Sebelum ni memang sudah lama tak period. Dan tidak lama kemudian rupa-rupanya saya mengandung lagi tanpa saya sedari. Ini membuatkan saya cukup kagum apabila langsung tidak mengalami alahan malah saya tidak sedar sehingga perut mula nampak besar.


Saya begitu teruja kerana pengalaman mengandung sebelum ini, alahan teruk sehingga hampir bersalin. Jadi saya sebenarnya tidak menjangka akan mengandung kerana ingatkan masalah hormon yang membuatkan period tidak datang semula. Dengan kandungan yang ke 3 ini juga berbeza kerana tidak mengalami banyak masalah. Malah boleh lagi mendukung anak ke 2 untuk naik tangga sehingga ke tingkat 5. Malah lebih bertenaga berbanding tidak mengandung.


Saya terus mengamalkan Set Vitamin Lengkap Shaklee sehingga mengandung kali yang ke 4 ini. Sedar tak sedar sudah masuk 4 tahun saya mengamalkan Produk Shaklee dan sangat berpuas hati! Dapatkan sekarang.

Pelawat RJH

Follow Us @aurarjh_byaida