10 April 2017

Doktor Sahkan Ketumbuhan Di Payudara Hilang Setelah 3 Minggu Amalkan Suplemen Shaklee

April 10, 2017 0 Comments
Assalamualaikum, Saya Zamzakidah Binti Abdul Hamid ingin berkongsi 1 pengalaman yang tak pernah terjangka oleh fikiran saya pada suatu ketika dulu dan sebagai seorang wanita, sesiapa pun tidak inginkan apa yang pernah saya alami..


Pada Julai 2014, ya pada tahun 2014,sudah hampir 3 tahun perkara ini berlalu. Tapi tak pernah saya lupakan dalan lipatan sejarah kehidupan saya apabila saya telah menerima ujian hebat dengan mengalami simptom-simptom pengidap BARAH PAYUDARA. Allahuakhbar ,betapa dunia saya terasa gelap seketika waktu itu.


Bermula dengan lelehan cecair yang berwarna merah kehitaman yang keluar dari ‘nipple’ payudara sebelah kanan adalah permulaan saya menyedari masalah yang saya hadapi. Bukan cecair biasa, tapi berdasarkan dari warna dan bau cecair tersebut confirm DARAH.Pada yang tak boleh bayangkan macam mana rupanya,saya lampirkan sekali untuk anda.Tanpa rasa sakit atau ada bonjolan disekitar payudara, tetiba boleh jadi macam ni. Boleh bayangkan tak perasaan saya masa tu. Memang sangat panik.


Keesokkan hari, saya terus mendapatkan pemeriksaan di hospital yang berhampiran untuk mengenalpasti masalah yang saya hadapi walaupun ada perasaan takut jugak sebenarnya. Hasil daripada pemeriksan dan imbasan ULTRASOUND & MAMMOGRAFI yang dijalankan oleh doktor pakar, terdapat 2 ketul ketumbuhan dikesan berada di ‘LOWER & UPPER OUTER QUADRANT' di sebelah kanan payudara saya. Doktor terus menetapkan 1 lagi tarikh untuk saya menjalankan ujian BIOPSI untuk mengambil sampel sebahagian tisu untuk mengenalpasti jenis ketulan tersebut. Dan hasil ujian itu, ketulan ketumbuhan pada payudara saya adalah SEL BUKAN DARI KUMPULAN KANSER. Alhamdulillah, tetapi doktor tetap mencadangkan kepada saya untuk menjalankan pembedahan untuk membuang 2 ketul ketumbuhan itu supaya ianya tidak menjadi potensi untuk terjadinya kanser payudara.


Atas pandangan dan nasihat sahabat merangkap upline saya, VIVIX adalah satu-satunya alternatif dan usaha saya untuk mengurangkan risiko menghadapi sebarang kemungkinan sebelum hari pembedahan. Dan setelah hampir 3 minggu konsisten mengamalkan Vivix, hari yang mendebarkan telah tiba. 21 Ogos 2014,sebelum ke dewan bedah saya di bawa sekali lagi untuk membuat pemeriksaan imbasan Ultrasound.




Allahuakhbar !!! Ketumbuhan yang 2 ketul tu dah tinggal 1..puas doktor mencari mana hilangnya yang seketul lagi.Confirm tak ada!!! Dan yang tinggal 1 sahaja itu pun saiz nya dah kecil dari saiz asal haritu. (tak tau nak react macam mana..tapi nangis jugak la, sebab Allah permudahkan semuanya untuk saya). Jadi, pembedahan tetap di jalankan juga untuk membuang 1 sahaja ketumbuhan yang masih tinggal. Nasib baik la kan, kalau tak mesti kena tebuk 2 tempat. Alhamdulillah, saya selamat menjalani pembedahan yang tak sampai 1 jam pun operasinya .


Inilah Shaklee Story saya untuk tatapan semua. Untuk yang masih ragu-ragu dengan Vivix Si Tonik Ajaib, ini adalah kisah benar saya bersama Vivix. Bagaimana Vivik membantu saya menghadapi saat-saat kemurungan saya untuk seketika. Dan Vivix juga lah yang membuat saya kembali tersenyum gembira. Untuk membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh, Vivix adalah pilihan yang terbaik.

Terima Kasih Vivix Terima Kasih Shaklee.
Saya nak beli Vivix sekarang!

9 April 2017

Ulser Mulut Cepat sembuh Dengan Set Ulser Mulut Shaklee

April 09, 2017 0 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Wan Norasiah Wan Mohd Nor, ibu kepada 4 orang cahaya, 3 hero dan sorang heroin. Suka saya nak berkongsi shaklee effect setelah mengamalkan supplemen Shaklee. Sebenarnya saya mempunyai masalah ulser mulut sejak dari sekolah, universiti hinggalah dah kahwin dan beranak pinak. Boleh dikatakan setiap bulan ulser dalam mulut. Ulser ini bukan yang biasa-biasa.  Biasanya ulser berlaku di bibir, gusi dan lidah, kadang-kadang ia berlaku serentak. Allah, orang yang pernah kena saja tahu bagaimana azabnya. Kebiasaannya ulser berlaku datang sekali pakej sakit-sakit dan lemah-lemah badan serta ia menyerang sakit kepala.


Ulser dalam mulut tetapi kesannya seluruh badan. Badan rasa letih, lesu dan lenguh-lenguh dan rasa macam nak demam. Emosi juga terganggu, ye la bila ulser dekat lidah, kita tak boleh makan seperti biasa tapi perut lapar. Kadang-kadang berair mata nak habiskan nasi suku pinggan. Usah cakap lauk pauknya, dapat telan nasi kira syukur sangat-sangat itupun makan disulami air masak.


Nak bercakap memang tak selesa. Suami memang faham sangat-sangat bila penyakit itu datang. Tak boleh tanya banyak, isyarat je. Sampai satu tahap terpaksa amik MC sebab memang tak boleh buka mulut. Ye la macam mana nak masuk kelas ngajar, nak buka mulut pun sakit.


Allah, rasa macam tiada penyelesaian sebab semua petua-petuan saya dah cuba. Pantang orang cakap ubat ulser, saya akan ikut sebab seksanya menanggung sakit ulser. Asam keping, Bonjela, Marjerin, Garam, Madu, Listerin dan macam-macam lagi. Pernah letak garam, asam keping pada tempat ulser, Allah... sampai menangis, pedih tuhan saja yang tahu. Taubat tak nak buat dah.


Pergi jumpa doktor pun dibagi oral aid untuk tahan sakit saje tapi tidak merawat ulser tu. Kadang-kadang terfikir juga, lama-lama kena ulser takut kena barah. Doktor kata barah pun bermula dengan ulser. Allah semakin takut saya.


Sampai la satu masa saya ambil supplemen Shaklee set ulser mulut. Set itu mengandungi ESP, B Complex dan Vitamin C. Konsisten setiap hari tanpa jemu.


Tanpa disedari, hari-hari, minggu-minggu dan bulan-bulan yang dilalui tanpa gangguan ulser, hidup terus berubah. Tiada lagi muka monyok, bad mood dan murung. Setiap hari boleh tersenyum sampai ke telinga. Terima kasih Shaklee. selamat tinggal derita. Syukur sangat-sangat.


Saya berkongsi kisah benar saya agar semua orang yang senasib dengan bebas dari ulser. Ia umpama mimpi ngeri. Jom amalkan supplemen Shaklee. Kalau ada dengar emak-emak kita atau sesiapa saja ada ulser, bantulah mereka. Mencegah lebih baik dari mengubati. Jom dapatkan sekarang!




Ingin dapatkan produk Shaklee?


Klik di bawah untuk terus whatsapp aida.



Minat Untuk Buat Pembelian Online.


NAK MENJADI PENGEDAR SHAKLEE?

Berminat untuk menjadi pengedar shaklee dengan modal rendah, mampu menambah pendapatan dengan untung runcit + bonus tunai setiap bulan dan pelbagai lagi kelebihan ahli shaklee.

Jom sertai AuraRJH Family bersama saya. Dengan bimbingan tanpa putus. "Percaya Sebelum Berjaya, Cari Peluang, Usah Beralasan" InsyaAllah anda adalah Leaders Shaklee yang kami cari.


8 April 2017

Dah Tak Perlu Pembedahan Katarak Selepas BerShaklee

April 08, 2017 0 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Sabariah Binti Abdul Rahman, berusia 74 tahun. Saya baru menjalani pembedahan katarak mata kanan pada 8 Disember 2016 yang lalu. Pembedahan mata kiri pula dijadualkan pada 9 Januari 2017. Selepas pembedahan pertama, saya mengambil Vivix dan Carotomax secara megadose bagi tujuan pemulihan. Namun kesan lain yang saya dapat selepas pengambilan secara megadose itu, saya tidak lagi perlu menjalani pembedahan untuk mata kiri kerana didapati mata semakin sihat. 

SET MASALAH MATA SHAKLEE

Lebih menggembirakan, selepas sebulan dibedah, sewaktu pemeriksaan susulan di Pusat Katarak MAIWP, didapati power kedua-dua mata saya semakin menurun dengan banyak. Alhamdulillah, saya kini masih dalam proses pemulihan disebabkan faktor umur yang semakin meningkat. Saya juga masih meneruskan pengambilan suplemen lain untuk kesihatan yang lebih optimum.

Kalau nak cuba turunkan power mata anda, tak salah mencuba sesuatu yang baik dan mempunyai pelbagai kajian seperti produk Shaklee. Semoga ramai lagi dapat manfaat dari pengambilan suplemen shaklee.

Jika anda atau ahli keluarga alami masalah sama seperti mak cik sabariah. Aida cadangkan anda ikhtiar dengan Vivix dan Carotomax. Semoga kita semua sihat sentiasa. Aamiin.. Dapatkan sekarang.

Set Penjagaan Kulit NutriWhite Shaklee

April 08, 2017 0 Comments
Wooow!!!!! putih dalam masa 3 hari bab kulit bayi GEBU MULUS  biasa tengok tak promo2 cam nie? hihi.. aida tahu awak nak cantik cepat.. kalau boleh hari nie pakai esok dah jadi kulit puteri salju tapi awak periksa tak bahan2 yang produk tu gunakan utk hasilkan produk yg super comel tu.. awak teliti betul2 tak?


Tapi logik ke semua cantik dalam masa sehari..huhu.. kalau aida la kan.. aida tak main ambil je.. sebab kulit muka aida sangat2 sensitif kalau salah je guna mekap.. memang habis la.. muka merah2.. huhu.. tapi lepas ambil suplemen shaklee.. alhamdulillah.. masalah nie semakin baik.. dan jangan awak tak tahu pulak dalam shaklee pun ada produk skincare iaitu NutriWhite Shaklee.. semuanya ada kelebihan masing2 dari pencuci muka, penyegar muka, serum dan mcm2 lagi la..




yang paling penting bahan2 yang ada dalam Nutriwhite nie sgt2 luar dari biasa dari hasil gabungan 16 ramuan botani yang mujarab iaitu 
.
✔ Bearberry - meringankan, melegakan dan mengurangkan keradangan

✔ Soybean - mencerahkan, melembutkan, melembap dan mengurangkan tompok

✔ Skullcap - meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid

✔ Beech Tree - meringankan, meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit

✔ Strawberry Begonia -mencerahkan dan pigmentasi

✔ Mullberry - mencegah kerosakan kulit dan melembap

✔ Peony - mencerahkan, melembapkan dan mengurangkan keradangan

✔ Rosemary - mengetatkan, merangsangkan dan mengurangkan keradangan

✔ Aloe Vera - melegakan, melembapkan dan keradangan

✔ Mountain Arnica - mengurangkan keradangan dengan flavones

✔ Cat's Claw - menegangkan dan menyegarkan dengan cotechin

✔ Kudzu Leaf & Roots - menegang dan mengurangkan keradangan

✔ Linden - menyuburkan dan menghidrat di peringkat dalam

✔ Marshmallow - melembapkan dengan tanin

✔ Seaweed - mengeluarkan, memelihara dan menegangkan

✔ Green Algae - menyahtoksin dan melembapkan


Wah.. memang best-best kan... apatah lagi klu kita guna sendiri nutriwhite shaklee nie kan.. tambah2 teruja la dgn set nutriwhite shaklee nie.. dan jangan awak tak tahu pulak??? pengguna SKII yg bernilai rm400 sebotol tu, pun dah beralih ke produk NutriWhite sebab kesannya setanding jenama2 terkenal dan super mahal gila tuuu..

7 April 2017

Berjaya Menyusukan Bayi dengan Set Menyusu Sekaligus Kulit Kusam Hilang

April 07, 2017 0 Comments
Assalamualaikum, Saya mula menggunakan Set Menyusu Shaklee sejak Julai 2013. Waktu itu saya menyusukan bayi sepenuhnya sehingga berusia 9 bulan. Sewaktu anak pertama, saya cuma dapat menyusukan 4 bulan sahaja. Oleh itu apabila mengandung kali ke dua, saya berniat untuk menyusukan bayi sepenuhnya dan mula mencari info mengenai penyusuan. 


Pada mulanya saya ingatkan hanya mampu menyusukan bayi begitu sahaja dan tidak berniat untuk mengambil sebarang supplement. Masalah timbul bila susu mula kurang dan Maira menolak sepenuhnya susu formula. Kebiasaannya apabila pulang dari kerja, saya akan menyusukan bayi terlebih dahulu. Ini kerana Maira taknak menyusu lagi apabila petang melalui susu botol.


SET MENYUSU SHAKLEE


Bayangkan sebaik saja pulang dari rumah pengasuh, terpaksa menyusukan Maira lebih dari 2 jam. Adakalanya pukul 10 malam baru dapat mandi dan makan malam. Begitu juga di tengah-tengah malam, Maira terjaga dan akan menyusu sehingga pagi. Saya membuat order yang pertama pada seorang rakan iaitu Set Menyusu Bajet, Alfalfa dan ESP. Dalam masa yang sama, saya tetap pam susu seperti biasa kerana stok semakin berkurangan.


Pada minggu pertama saya amalkan set menyusu ini, saya tetap pam seperti biasa. Agak kecewa apabila susu yang dipam tidak begitu menggalakkan juga. Mungkin masih terlalu awal. Saya makan Alfalfa mengikut dos dan ESP 2 kali sehari. Masuk minggu kedua, Maira nampak kenyang bila menyusu. Tidak perlu lagi menyusu sehingga 2 jam seperti sebelum ini. Malah tidur malam juga lebih lena.


Alhamdulillah, syukur dan lega. Setelah hujung bulan, saya tambah Set Menyusu fullset seperti Vitalea, Vitamin C, Vitamin B, Lecithin, Ostematrix dan terus daftar ahli untuk mendapat harga yang lebih murah. Saya juga rasa kurang penat dengan rutin kerja harian. Kebiasaannya saya keluar rumah pada pukul 7 pagi dan balik kerja pukul 6.30 ptg. Saya tinggal di rumah flat tingkat 5 yang tidak berlift. Mujur juga pengasuh anak berada di tingkat yang sama.


Sebaik saja mengambil anak di rumah pengasuh, susukan Maira sehingga kenyang ataupun dia tertidur. Kemudian akan masak untuk makan malam. Waktu dulu juga menggunakan mesin basuh manual. Memang sejak amalkan Set Menyusu Shaklee ni memberikan satu tenaga yang saya rasa rugi pula hanya duduk tanpa membuat kerja rumah kerana tidak berasa penat.


Dalam 2-3 bulan kemudian ramai yang menegur kulit wajah semakin berseri. Ya, muka saya memang kusam sebelum ini tetapi saya jarang mengambil berat mengenai maslah kulit wajah kerana sibuk menguruskan urusan seharian. Tak sempat nak belek-belek muka. Rupa-rupanya Set Menyusu Shaklee ini bertindak dengan memberikan pelbagai kebaikan kesihatan dan kecantikan juga. Kerana apabila tubuh cukup vitamin, kulit juga akan cantik. Semakin berseri.


Apa lagi Shaklee Effect pada saya yer?

Selepas 3 bulan mengamalkan Shaklee, period kembali stabil. Sebelum ni memang sudah lama tak period. Dan tidak lama kemudian rupa-rupanya saya mengandung lagi tanpa saya sedari. Ini membuatkan saya cukup kagum apabila langsung tidak mengalami alahan malah saya tidak sedar sehingga perut mula nampak besar.


Saya begitu teruja kerana pengalaman mengandung sebelum ini, alahan teruk sehingga hampir bersalin. Jadi saya sebenarnya tidak menjangka akan mengandung kerana ingatkan masalah hormon yang membuatkan period tidak datang semula. Dengan kandungan yang ke 3 ini juga berbeza kerana tidak mengalami banyak masalah. Malah boleh lagi mendukung anak ke 2 untuk naik tangga sehingga ke tingkat 5. Malah lebih bertenaga berbanding tidak mengandung.


Saya terus mengamalkan Set Vitamin Lengkap Shaklee sehingga mengandung kali yang ke 4 ini. Sedar tak sedar sudah masuk 4 tahun saya mengamalkan Produk Shaklee dan sangat berpuas hati! Dapatkan sekarang.

6 April 2017

Kulit Wajah Cerah Beseri-seri Selepas Amalkan Vivix Shaklee

April 06, 2017 0 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Azlinda binti Ismail, pengguna tegar Shaklee dari beberapa tahun yang lalu. Dulu saya sangat skeptikal nak amalkan Vivix, sebab saya tak ada sebarang penyakit dan rasa tak perlu untuk ambilnya. Saya hanya pastikan ibu saya ambil Vivix setiap hari.



Sehinggalah apabila saya melihat perubahan nyata pada ibu saya, saya mula berkongsi botol Vivix dengan beliau. Saya amalkan sekali dengan Sustained Release Vita-C dan Vitamin E Complex. Alhamdulillah, kulit saya nyata lebih moist dan tidak terlalu kering seperti dahulu. Tumit yang merekah teruk kini semakin halus dan mulus.


Lebih menyeronokkan, berat statik yang saya alami semakin menampakkan penurunan apabila lebih konsisten mengambil Vivix.


Tak sia-sia saya amalkan Vivix walaupun saya rasa saya sihat. InsyaAllah, saya mahu diri saya lebih sihat di hari-hari tua saya nanti, dan akan teruskan pengambilan suplemen yang terbaik.

Jika anda atau ahli keluarga terdekat alami masalah sama seperti akak kita nie boleh la cuba ikhtiar dengan 3 suplemen shaklee yang sangat-sangat best nie. Dapatkan sekarang.



Pelawat RJH

Follow Us @aurarjh_byaida