16 April 2017

Pengalaman Bergambar Dengan Basikal Gergasi Pink di Pasir Puteh

April 16, 2017 0 Comments
Siapa kata This is Pasir Puteh tak de benda unik? Jangan kecam aida sudah.. selepas setahun kot baru terfikir nak bergambar dengan Basikal Gergasi Pink nie.. Unik bukan? rasa lain macam kot.. mula-mula tu bagitau cik suami nak bergambar kat situ boleh? apa kata suami?


Suami : Tak malu ke nak bergambar situ?
Aida : Malu jugak tapi macam unik je.. nak bergambar jugak.. boleh laaa..
Suami : Ok nanti kita ambil deh..
Aida : Okkkk!!!!! (sambil memek muka senyum lebar gila)


Tapi nak snap jeeee... terlepas! huhu.. Nak snap jeee.. terlepass! huhu.. Apa la susah sangat nak bergambar dengan si Basikal Gergasi Pink nie.. Ok! kali nie nekad kena ingatkan suami nak bergambar jugak..hahahaa.. setahun lebih kot lalu je kat situ.. tak singgah pun..


Dan akhirnya pada 14 April 2017 (Jumaat) cik suami siap bagitau nak bergambar kat situ tak? nanti balik dari pasar pendekar kita ambik ok! Wahhhhhh! terima kasih cik suami yang paling sweet in the world.. Mahu tak nak? dah lama tunggu saat-saat tu kot! hahaha.. Macam la takde tempat lain nak bergambar gayanya...hahaha.. dengan mak mertua sekali layan kerenah menantu kecik nie..hahaha.. mujur mak mertua aida paling sporting.


Aida tak kesah janji dapat bergambar aje.. Terima Kasih AbeSADO ku sayang, aida cuma nak bagitau di Kelantan nie banyak tempat best lagi unik tau.. Rasa Syok Sangat! bila dapat tengok gambar sendiri dengan Basikal Gergasi Pink nie.. hahaha.. walaupun takde pape pun kat situ.. tapi masing-masing ada keunikannya. Kita je tak perasan sebab dah biasa dengan tempat macam nie kan.


Apa kata mereka? dengan biar gambar berbicara? klik sini
jika awak pun nak bergambar? singgah la ya... jangan terlepas pulak! hahaha

salam sayang dari Aida Alisha

13 April 2017

Biji Labu Paling Selamat Di Dunia

April 13, 2017 0 Comments
Korang tau tak? Biji labu adalah makanan yang terbaik utk meningkatkan penyerapan zink sebab tu la.. ia bagus utk jejaka diluar sana terhindar dari masalah prostat lelaki. Selain tu, biji labu jugak bagus utk membakar lemak, jadi potensi utk turun berat memang terbaik!


Tapi tau tak? Kuaci biji labu yang di pasaran tu kebanyakkannya tinggi kandungan garam! Jadi masin sgt tu yang tak best kan... Takut lama2 terkena tekanan darah tinggi pulak bahaya kan?

Tapi kini tidak lagi! Dengan pengambilan biji labu yang merasang interferon semulajadi di dalam tubuh dan menetang radikal bebas.
  • Biji labu nie boleh kurangkan risiko penyakit jantung
  • Biji labu nie kaya dgn asid lemak omega 3
  • Biji labu nie halang komplikasi diabetes
  • Biji labu nie kurangkan gejala menopouse
  • Biji labu nie jugak mampu menahan segala jangkitan penyakit.

Nak tahu apa??? Tentulah NUTRIFERON.. 









Jadi apa yang anda nak semua dapat dengan nutriferon. Eh! Jangan tak tau..ada cust bagitau bila ambil nutriferon nie masa cirit birit boleh tahan tau.. memang bestkan.. selain meningkatkan lagi antibodi badan kita secara semulajadi.. Best kan? Nak semua nie? Jom dapatkan sekarang!



12 April 2017

Siapa Admin Empayar AuraRJH Family?

April 12, 2017 0 Comments
Lebih Mantap! Lebih Sihat! Lebih Berjaya! 

Itulah impian aida dalam empayar AuraRJH dan hasrat ini pasti jadi nyata! Jika puan rasa sibuk la dengan kerja.. Aida pun sama masih bekerja di syarikat swasta 8 jam sehari, Surirumah 8 jam sehari dan Aktif dalam bisnes shaklee. Isteri kepada abgSADO Mangga Jeliro PC (Jeliro maknanya Sedap Sangat)




Puan rasa tak cukup masa? 

Masa kita sama je puan iaitu 24jam sehari.. Alhamdulillah aida gunakan masa itu kepada 3 bahagian iaitu urus rumahtangga, urus kerja hakiki dan urus bisnes (shaklee + mangga jeliro). Pembahagian masa amat penting dalam hidup kita. Barulah kita dapat rasa nikmatnya berbisnes dan bahagianya berkeluarga. Jangan berhenti berdoa (Allah akan bagi apa yang kita minta) jadi jangan sombong! dan apabila kita dah berjaya suatu hari nanti. jangan tamak.. dan InsyaAllah aida akan naik rank Master Shaklee 2017. Doakan aida ya! hihi.. terima kasih ^_^


Puan tiada modal? 

Alhamdulillah di shaklee, puan tak perlu modal yang tinggi pun hanya buat bayaran Yuran = RM75 sahaja memang murah kan dan pulangannya dapat lebih dari yuran tau! cukup point UV je.. puan layak dapat bonus cash antara 5% hingga 21%. Ia sangat berbaloi kan.


Puan tak sempat nak pos produk shaklee kepada pelanggan?

Puan tak perlu risau, HQ Shaklee boleh bantu dan urusankan segalanya.. senang sgt2! Puan hanya perlu buat belian atas talian di Shaklee HQ melalui sistem online. Ia cukup mudah lagi cepat dan menjimatkan masa puan.


Jika aida boleh! Puan pasti boleh! Betul tak?


Puan nak tahu rahsia aida dalam team AuraRJH Family?
  • Buatlah bisnes dengan jujur kerana Allah
  • Solat di awal waktu, banyakkan istighfar dan sederkah
  • Rajin bertanya, rajin belajar, dan rajin mengajar
  • Sentiasa update media sosial bisnes sekurang2 5 kali lebih lagi bagus
  • Jalinkan silaturahim antara jauh dan dekat


Ada banyak lagi rahsia income ribu-ribu dalam masa sebulan akan dibongkar di group khas kami... Tapi kalau buat semua di atas. insyaAllah membantu puan dalam dunia bisnes. 

Puan mahu sertai shaklee dengan team AuraRJH? Boleh terus whatsapp aida. InsyaAllah aida sendiri akan aturkan langkah dari A sehingga Z dalam Shaklee. Jadi puan dah tak perlu susah2 pening2 belajar sana sini kerana dalam empayar AuraRJH akan sediakan semua medium yang mudah untuk puan.

[ Nak daftar ahli shaklee secara percuma? Boleh pilih nak beli 2 botol vivix dapat bonus RM38 atau beli 6 botol vivix dapat bonus RM250 ]

11 April 2017

Kulit Tiada Lagi Sunburn & Liang Pori Semakin Mengecil

April 11, 2017 0 Comments
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Nama saya Irdayati binti Abdul Air. Saya berusia 36 tahun (2017). Saya merupakan seorang bekas konsultant perancang bandar dan desa.

Kerjaya saya memerlukan saya kerap pergi outstation; sama ada untuk menghadiri mesyuarat ataupun melawat tapak projek. Ada kalanya sehingga berhari-hari saya perlu melakukan pemeriksaan tapak. Apabila berada di tapak projek, kebiasaannya saya akan terdedah kepada cahaya matahari secara langsung. Tidak kiralah sama ada sewaktu dalam perjalanan mahupun sewaktu membuat survey di tapak projek. Sehinggakan kulit saya menjadi berminyak, timbul blackheads dan whiteheads serta kusam akibat sunburn. Paling sedih apabila saya buka tudung, garis belak seperti ‘sempadan’ amat jelas ketara di bahagian pipi & pelipis saya. Macam nak nangis rasanya bila tengok.




Saya jenis yang sangat memilih dalam produk skincare. Takut sangat nak cuba sembarangan; takut ada bahan berbahaya di dalamnya. Sebelum berkenalan dengan Nutriwhite Shaklee, saya pernah mencuba satu jenama yang dijual di kedai butik khas untuk kecantikan dan wangian yang berasaskan bahan semulajadi. Katanya, produk skincare mereka mampu mengurangkan sunburn dan mengurangkan masalah kulit berminyak saya. Ternyata tidak! Malah, kulit saya jadi semakin berminyak sehingga kelihatan berkilat seperti cermin terutamanya di waktu pagi sewaktu bangun dari tidur.


Setelah setahun saya mengamalkan ESP dalam rutin harian saya (untuk penyusuan bayi), saya perasan yang kulit saya menjadi lebih cerah sekata dan gebu. Pada waktu itu, terbuka pintu hati saya untuk mencuba produk Nutriwhite yg dikatakan direka khas untuk kulit orang Asia. Saya bermula dengan Gentle Deep Foaming Cleanser. Kemudian, setiap bulan saya beli satu-persatu pula Spot Whitening Treatment, Ultimate Protection Whitening Lotion, Soothing Radiance Whitening Softener, Gentle Action Makeup Remover; dan yang terkini saya beli Overnight Renewal Whitening Cream.


Seriusnya, saya sangat-sangat berpuas hati. Kulit saya yang dulu mudah sunburn tetapi lambat untuk pulih kembali, kini dah tak mudah sunburn lagi! Dah takde dah garis belak di pipi dan pelipis saya. Malah, Makeup Remover telah berjaya membebaskan liang pori saya dari tersumbat oleh blackheads dan whiteheads! Untuk kesan yang lebih mantap, saya tambah pula ambil Shaklee Collagen Powder yang berjaya menjadikan liang pori saya mengecil!


Terima kasih Nutriwhite Shaklee kerana telah menjadi ASBAB TERBAIK untuk saya mendapat kulit yang diidamkan. Sampai orang gelarkan saya ‘Kakak Cantik’ Awww! jom dapatkan sekarang tau..

10 April 2017

Doktor Sahkan Ketumbuhan Di Payudara Hilang Setelah 3 Minggu Amalkan Suplemen Shaklee

April 10, 2017 0 Comments
Assalamualaikum, Saya Zamzakidah Binti Abdul Hamid ingin berkongsi 1 pengalaman yang tak pernah terjangka oleh fikiran saya pada suatu ketika dulu dan sebagai seorang wanita, sesiapa pun tidak inginkan apa yang pernah saya alami..


Pada Julai 2014, ya pada tahun 2014,sudah hampir 3 tahun perkara ini berlalu. Tapi tak pernah saya lupakan dalan lipatan sejarah kehidupan saya apabila saya telah menerima ujian hebat dengan mengalami simptom-simptom pengidap BARAH PAYUDARA. Allahuakhbar ,betapa dunia saya terasa gelap seketika waktu itu.


Bermula dengan lelehan cecair yang berwarna merah kehitaman yang keluar dari ‘nipple’ payudara sebelah kanan adalah permulaan saya menyedari masalah yang saya hadapi. Bukan cecair biasa, tapi berdasarkan dari warna dan bau cecair tersebut confirm DARAH.Pada yang tak boleh bayangkan macam mana rupanya,saya lampirkan sekali untuk anda.Tanpa rasa sakit atau ada bonjolan disekitar payudara, tetiba boleh jadi macam ni. Boleh bayangkan tak perasaan saya masa tu. Memang sangat panik.


Keesokkan hari, saya terus mendapatkan pemeriksaan di hospital yang berhampiran untuk mengenalpasti masalah yang saya hadapi walaupun ada perasaan takut jugak sebenarnya. Hasil daripada pemeriksan dan imbasan ULTRASOUND & MAMMOGRAFI yang dijalankan oleh doktor pakar, terdapat 2 ketul ketumbuhan dikesan berada di ‘LOWER & UPPER OUTER QUADRANT' di sebelah kanan payudara saya. Doktor terus menetapkan 1 lagi tarikh untuk saya menjalankan ujian BIOPSI untuk mengambil sampel sebahagian tisu untuk mengenalpasti jenis ketulan tersebut. Dan hasil ujian itu, ketulan ketumbuhan pada payudara saya adalah SEL BUKAN DARI KUMPULAN KANSER. Alhamdulillah, tetapi doktor tetap mencadangkan kepada saya untuk menjalankan pembedahan untuk membuang 2 ketul ketumbuhan itu supaya ianya tidak menjadi potensi untuk terjadinya kanser payudara.


Atas pandangan dan nasihat sahabat merangkap upline saya, VIVIX adalah satu-satunya alternatif dan usaha saya untuk mengurangkan risiko menghadapi sebarang kemungkinan sebelum hari pembedahan. Dan setelah hampir 3 minggu konsisten mengamalkan Vivix, hari yang mendebarkan telah tiba. 21 Ogos 2014,sebelum ke dewan bedah saya di bawa sekali lagi untuk membuat pemeriksaan imbasan Ultrasound.




Allahuakhbar !!! Ketumbuhan yang 2 ketul tu dah tinggal 1..puas doktor mencari mana hilangnya yang seketul lagi.Confirm tak ada!!! Dan yang tinggal 1 sahaja itu pun saiz nya dah kecil dari saiz asal haritu. (tak tau nak react macam mana..tapi nangis jugak la, sebab Allah permudahkan semuanya untuk saya). Jadi, pembedahan tetap di jalankan juga untuk membuang 1 sahaja ketumbuhan yang masih tinggal. Nasib baik la kan, kalau tak mesti kena tebuk 2 tempat. Alhamdulillah, saya selamat menjalani pembedahan yang tak sampai 1 jam pun operasinya .


Inilah Shaklee Story saya untuk tatapan semua. Untuk yang masih ragu-ragu dengan Vivix Si Tonik Ajaib, ini adalah kisah benar saya bersama Vivix. Bagaimana Vivik membantu saya menghadapi saat-saat kemurungan saya untuk seketika. Dan Vivix juga lah yang membuat saya kembali tersenyum gembira. Untuk membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh, Vivix adalah pilihan yang terbaik.

Terima Kasih Vivix Terima Kasih Shaklee.
Saya nak beli Vivix sekarang!

9 April 2017

Ulser Mulut Cepat sembuh Dengan Set Ulser Mulut Shaklee

April 09, 2017 0 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Wan Norasiah Wan Mohd Nor, ibu kepada 4 orang cahaya, 3 hero dan sorang heroin. Suka saya nak berkongsi shaklee effect setelah mengamalkan supplemen Shaklee. Sebenarnya saya mempunyai masalah ulser mulut sejak dari sekolah, universiti hinggalah dah kahwin dan beranak pinak. Boleh dikatakan setiap bulan ulser dalam mulut. Ulser ini bukan yang biasa-biasa.  Biasanya ulser berlaku di bibir, gusi dan lidah, kadang-kadang ia berlaku serentak. Allah, orang yang pernah kena saja tahu bagaimana azabnya. Kebiasaannya ulser berlaku datang sekali pakej sakit-sakit dan lemah-lemah badan serta ia menyerang sakit kepala.


Ulser dalam mulut tetapi kesannya seluruh badan. Badan rasa letih, lesu dan lenguh-lenguh dan rasa macam nak demam. Emosi juga terganggu, ye la bila ulser dekat lidah, kita tak boleh makan seperti biasa tapi perut lapar. Kadang-kadang berair mata nak habiskan nasi suku pinggan. Usah cakap lauk pauknya, dapat telan nasi kira syukur sangat-sangat itupun makan disulami air masak.


Nak bercakap memang tak selesa. Suami memang faham sangat-sangat bila penyakit itu datang. Tak boleh tanya banyak, isyarat je. Sampai satu tahap terpaksa amik MC sebab memang tak boleh buka mulut. Ye la macam mana nak masuk kelas ngajar, nak buka mulut pun sakit.


Allah, rasa macam tiada penyelesaian sebab semua petua-petuan saya dah cuba. Pantang orang cakap ubat ulser, saya akan ikut sebab seksanya menanggung sakit ulser. Asam keping, Bonjela, Marjerin, Garam, Madu, Listerin dan macam-macam lagi. Pernah letak garam, asam keping pada tempat ulser, Allah... sampai menangis, pedih tuhan saja yang tahu. Taubat tak nak buat dah.


Pergi jumpa doktor pun dibagi oral aid untuk tahan sakit saje tapi tidak merawat ulser tu. Kadang-kadang terfikir juga, lama-lama kena ulser takut kena barah. Doktor kata barah pun bermula dengan ulser. Allah semakin takut saya.


Sampai la satu masa saya ambil supplemen Shaklee set ulser mulut. Set itu mengandungi ESP, B Complex dan Vitamin C. Konsisten setiap hari tanpa jemu.


Tanpa disedari, hari-hari, minggu-minggu dan bulan-bulan yang dilalui tanpa gangguan ulser, hidup terus berubah. Tiada lagi muka monyok, bad mood dan murung. Setiap hari boleh tersenyum sampai ke telinga. Terima kasih Shaklee. selamat tinggal derita. Syukur sangat-sangat.


Saya berkongsi kisah benar saya agar semua orang yang senasib dengan bebas dari ulser. Ia umpama mimpi ngeri. Jom amalkan supplemen Shaklee. Kalau ada dengar emak-emak kita atau sesiapa saja ada ulser, bantulah mereka. Mencegah lebih baik dari mengubati. Jom dapatkan sekarang!




Ingin dapatkan produk Shaklee?


Klik di bawah untuk terus whatsapp aida.



Minat Untuk Buat Pembelian Online.


NAK MENJADI PENGEDAR SHAKLEE?

Berminat untuk menjadi pengedar shaklee dengan modal rendah, mampu menambah pendapatan dengan untung runcit + bonus tunai setiap bulan dan pelbagai lagi kelebihan ahli shaklee.

Jom sertai AuraRJH Family bersama saya. Dengan bimbingan tanpa putus. "Percaya Sebelum Berjaya, Cari Peluang, Usah Beralasan" InsyaAllah anda adalah Leaders Shaklee yang kami cari.


Pelawat RJH

Follow Us @aurarjh_byaida