Pada awal kehamilan si ibu dan si ayah pasti inginkan yang terbaik untuk bayi yang bakal dilahirkan nanti. Aida dapat bayangkan kegembiraan yang terpacar di wajah para ibu bapa yang tak sabar menanti kehadiran cahaya mata mereka yang tersayang.
Oleh itu, hari ini aida nak kongsi sedikit tip persediaan untuk para ibu bapa agar dapat senaraikan cara menjaga bayi baru lahir, beberapa tips dan panduan mudah yang boleh digunakan pada bayi anda nanti. InsyaAllah.
Pertama #1 Uri bayi
Penjagaan bermula dengan uri bayi. Uri bayi hendaklah dibersihkan dengan sebaiknya dan ditanam mengikut hukum syara’.
Kedua #2 Mandikan bayi dengan air suam
Sediakan terlebih dahulu baju, stoking, barut, minyak bayi dan sebagainya sebelum memandikan bayi. Selepas mandikan dia, anda tak perlu lagi nak kelam kabut.
Untuk mengelakkan bayi anda sejuk, lapkan segera dengan tuala tebal. Gunakan ‘alcohol swab‘ yang dibekalkan oleh doktor untuk disapukan pada tali pusat bayi supaya jangkitan kuman dapat dielakkan.
Keempat #4 Gunakan minyak bayi
Sapukan minyak bayi pada perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda untuk beri keselesaan kepadanya. Minyak bayi juga baik untuk hilangkan kembung perut yang terjadi akibat daripada angin yang terkumpul.
Kelima #5 Pakaian
Bagi anda yang memakaikan bayi dengan lampin pakai buang, sentiasa peka dengan kesihatan kulit mereka. Usah biarkan mereka memakai lampin basah terlalu lama. Ini untuk mengelakkan bayi dari mengalami ruam di bahagian punggung.
Keeman #6 Susu ibu
Sendawakan bayi tiap kali selepas mereka menyusu.
Ini untuk mengelakkannya dari mengalami kembung perut. Pakar menasihatkan ibu-ibu supaya menyusukan bayi secara penuh selama 6 bulan untuk penuhi susuan ibu kepada bayi, Set Ibu Menyusu Shaklee boleh bantu ibu. Oleh itu, seeloknya anda perlu elakkan sebarang minuman lain untuk bayi anda. Biarkan mereka mendapat khasiat penting dengan sempurna untuk 6 bulan pertama.
Cara menjaga bayi baru lahir tidak terhad pada tips-tips di atas sahaja, bahkan ia juga termasuklah menjaga kulit bayi, menyediakan makanan pada bayi, peka dengan isyarat-isyarat tangisan bayi dan proses mendidik bayi itu sendiri.
Dan suka untuk aida ingatkan di sini bahawa tips-tips yang dikongsikan ini walaupun nampak seakan ‘mom-related job’, tidak semestinya si ibu sahaja yang kena buat bersendirian. Jadi si ayah mesti jadi pembantu isteri yang tetap agar dapat sama-sama menjaga bayi anda sebaik-baiknya.
Anda ingin dapatkan Set Penjagaan Pakaian Bayi & sesuai untuk seisi keluarga yang 100% selamat lagi berkesan dan tahan lebih 4 bulan penggunaan.
Saya nak harga diskaun shaklee sehingga 25%
Tiada ulasan:
Catat Ulasan