4 Julai 2017

# Garlic Complex # Performance Drink

Bebas Demam Denggi Hanya Dengan Air Performance Drink Shaklee

Assalammualaikum wbt. Salam AidilFitri semua. hihi.. raya ke-9 baru sempat menulis blog untuk ucapan hari raya. Aida dan Suami menyusun 10 jari mohon kemaafan jika ada salah dan silap. semoga ukhuwah kita sentiasa terjalin selama-lamanya. Kenapa lambat ucap? sebab aida diserang demam pada raya ke-3, nasib baik Allah izinkan raya 2 hari..alhamdulillah.. tapi ini bukan demam biasa ianya demam denggi pada peringkat awal tapi demamnya kebah dan demam balik. baru la aida tahu situasi sebenar pesakit demam denggi nie kan..huhu..

Pada 27.06.2017 mula rasa sakit tekak, tak sedap badan, jadi terus aida ambil sebiji paracetamol pada waktu pagi sekali tengahari sekali. Alhamdulillah. tekak rasa ok. tapi badan mulai panas.. pada waktu malam terasa makin tak selesa. Jadi aida cuba ambil Garlic Complex 2 biji. dan  terus tidur. bangun pagi esok rasa segar sikit badan.

Pada 28.06.2017 bila tengahari badan mula rasa panas yang amat, badan rasa sengal, sampai anak saudara pegang sikit je rasa sengal sangat, kepala mula sakit, telinga rasa berdenyup-denyup sakit, hidung mula berair dan susah nak bernafas (jadi ketat hidung takleh nyawa). Jadi suami tanya nak pergi klinik tak? huhuhu.. aida cakap tak pe nanti hilang lah sebab aida ingatkan demam biasa..huhu.. disebabkan kedegilan si isteri nie.. suami pun pergi la beli ubat selsema utk aida. (punyalah lama tunggu suami balik? rupanya klinik lambat buka) jadi lepas makan pagi aida ambil lagi Garlic Complex 2 biji, dan ambil tuala kecil basah untuk lap muka dan tuam kepala yang panas nie. memang tak selesa. makan ubat macam tak menjadi je. huhu.. tengahari makin menjadi panasnya, buang air kecil punyalah panas! tapi inilah pengalaman kan.. alhamdulillah bila malam badan mula berpeluh dan rasa segar, suhu badan rasa reda sikit.

Pada 29.06.2017 badan lebih segar dari semalam, jadi suami ajak balik pasir puteh sebab ingatkan dah ok tapi rupa2nya masuk je petang badan mula panas, sakit kepala, hidung mula tersumbat dan batuk kuat sakit dada. huhu.. jadi suami ajak pergi klinik. sampai klinik mak aii.. penuh!! ramai orang sakit time2 raya..huhu.. time nie baru teringat nak ambil Performance Drink tapi malangnya di Pengkalan Chepa. Jadi telan je la ubat paracetamol dan selsema yang ada. dan tidur dalam tak selesa hidung tersumbat sampai pukul 3pagi aida sedar dan tak lena tidur (tidur2 ayam). 

Pada 30.06.2017 badan rasa segar sedikit dari semalam. Suami cakap kita balik Pengkalan Chepa pagi tu lepas beli ikan di pasar gutong. Mulut mula rasa tak sedap makan pun takde selera. Batuk makin kuat dan mula muntah sebab batuk tak henti-henti. Hari ini aida bancuh Performance Drink minum selang seli dengan air kosong berulang-ulang sampai berpeluh badan. Suami sekali lagi ajak pergi klinik. Jadi turutkan je la, pukul 7petang sampai di HRPZ bahagian kecemasan. tunggu punya tunggu pkul 9mlm baru jumpa doktor sebab pesakit ramai sangat time tu..huhu.. Doktor cakap saya kena demam denggi biasa. Darah tak comel lagi. Jadi kena ambil darah setiap hari sampai ok. selesai semua kami sampai pukul 11 malam kat rumah.

Pada 01.07.2017 badan makin sihat, makan pagi terus ambil ubat dan minum air Performance Drink dan air kosong selang seli. pagi tu ingatkan klinik pc buka rupanya tutup..huhu.. (jadi darah tak kena ambil la) hihi.. ingat nak pergi malam tapi suami balik lewat.. keesokan hari je la pergi gayanya.


Pada 02.07.2017 dalam pukul 8.45 pagi aida sampai klinik dan tunggu giliran utk ambil tekanan darah dan suhu. sekali cik misi marah sebab tak pergi ambil darah semalam..huhu (ku pun cakap suamiku tak bagi naik moto ke kota bharu) ok dia pun faham sebab aida demam. Ok tunggu di bilik 9 ambil darah dan bagi makmal. selesai situ jumpa doktor kejap je.. alhamdulillah. keputusan ujian darah aida sudah normal. dan tak perlu mari ambil darah lagi. Alhamdulillah syukur sgt2 hanya dengan air Performance Drink demam denggi hilang. (duk tunggu giliran tu aida minum je air PD nie) hihi.. 

Jika anda atau ahli keluarga atau rakan2 ada masalah sama macam aida? boleh cuba amalkan air Performance Drink setiap hari. insyaAllah. ia sangat2 membantu.

Setong Performance Drink Shaklee mengandungi 539gram dengan harga RM91.43... Jadi jangan tunggu lagi. Jom dapatkan Performance Drink Shaklee anda sekarang.

Tiada ulasan:

Pelawat RJH

Follow Us @aurarjh_byaida