Memaparkan catatan dengan label Jahit Sendiri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jahit Sendiri. Papar semua catatan

13 Mac 2018

Jahit Sendiri : Mudahnya Menjahit (^_^)

Mac 13, 2018 0 Comments
Cara nak menjahit dengan mudah (^_^)


Ala...ruginya..huhu.. aida baru je tahu, rupanya mudah je kita nak menjahit guna tangan, aida paling tak suka jahit guna tangan sebab bagi aida, ia sangat melambatkan..huhu.. kalau awak pun sama, boleh la tengok video di bawah nie. Sangat membantu kita yang malas menjahit guna tangan.hihi..
.
Sudah tengok ke? Kalau belum boleh rujuk video di bawah
.
Sangat simple.
.
i like 

12 Disember 2017

JEMARIKU: Cara Jahit Jubah Sendiri

Disember 12, 2017 0 Comments
Assalamualaikum semua, maaf sangat2 aida tak sempat nak kongsi cara jahit jubah baru-baru nie, ok la seperti yang aida sudah janjikan sebelum nie, aida akan tunjuk cara jahit jubah sendiri.

Langkah mula-mula sebelum menjahit selepas kita siap memotong kain untuk dibuat jubah, kita perlu kelim tepi kain dan guntingkan kelim kain yang lebih agar kelihatan lebih kemas.

Untuk permulaan, kita ambil potongan jubah tubuh jahit lurus yang biasa untuk cantumkan bahu jubah sampai siap!
Selesai jahit bahu, kita buat leher jubah pula ya.

Awak betulkan lengan dan bahu agar sama panjang dan seterika kain (di bulatan biru sahaja) untuk kita dapat satu garisan lurus untuk mudahkan kita jahit tapak leher, awak boleh rujuk gambar di bawah
Apabila sudah ada garisan lurus tu, awak boleh letak tapak leher di sebelah luar kain dan pinkan dengan jarum peniti. Pastikan ia betul-betul sama ikut garisan seterika. Untuk hasilkan leher yang lebih selesa. Seterusnya, jahit ikut ukuran di tapak leher sampai siap!
Selesai jahit tapak leher. Sekarang guntingkan bahagian tengah leher jadi macam dalam gambar di bawah.
Lipat tapak leher dan jahit macam (1) jahit untuk tutup kain lebihan dalam tadi. Selepas tu jahit lagi sekali macam (2) untuk kemaskan leher jubah sehingga siap. (3) bahagian dalam jubah, terbalikkan jadi bahagian luar jubah (4) ok siap sudah leher jubah.
Ok sekarang kita jahit bahagian tubuh jubah pula, jahit sebelah kiri dan jahit sebelah kanan sehingga siap, seperti di bawah.
Ok dah siap jahit tubuh jubah. 
Sekarang kita jahit bahagian lengan baju pula, ikut langkah seperti di bawah
Selesai pinkan (4) sekarang boleh jahit lengan jubah. 
Ok siap! (^_^)
Selesai sahaja jahit lengan. Sekarang kita boleh jahit tepi kain di tangan dan kaki jubah, guna jahitan lurus biasa. Alhamdulillah inilah hasilnya..
Selamat mencuba (^_^)

21 November 2017

JEMARIKU: Cara Mudah Potong Jubah Sendiri

November 21, 2017 0 Comments
Alhamdulillah, disebabkan mood kerajinan melanda diri..hihi (sebenarnya aida rasa bosan dengan jubah lama) maka terciptalah sejarah kerajinan dalam diri untuk memotong jubah sendiri.

Sebelum memotong JUBAH
Anda perlu buat POLA JUBAH

Dan pola ini aida sudah buat siap-siap (buat masa aida bujang single mingle..huhu) lamanya?
nasib la badan tak mengembang banyak sangat, jadi boleh la guna pakai pola sama. (^_^)

Kenapa kena buat POLA?
- untuk jimat masa
- untuk mudah kerja potong-memotong kain 
- untuk mengelakkan kesilapan semasa mengukur kain

Jadi! jimatlah sedikit masa untuk memotong kain bentuk JUBAH BIASA yang selalu aida pakai nie. 

Kenapa tak beli? huhu.. dalam hati memang nak je beli jubah siap, tapi maklum la saiz badan yang edisi terhad ini membuatkan diri ini reda dan terpaksa belajar menjahit jubah sendiri. 

Jadi! terciptalah semua potongan kain untuk dibuat JUBAH BIASA aida.

CARA MUDAH POTONG JUBAH SENDIRI


1. Sediakan pola jubah ikut ukuran badan anda. Cara Membuat Pola Jubah Biasa

2. Bentangkan kain dan betulkan kedudukan kain agar sama rata

3. Letak pola atas kain

4. Lukis ikut pola yang tersedia (aida buat pola nie plus dengan basi jahitan serentak)

5. Siap lukis? ukur balik untuk pastikan ukuran tepat dengan jubah yang anda nak? Ok boleh potong kain ikut lukisan yang anda buat.

6. Dan siap potong kain jadilah macam gambar di bawah (untuk badan jubah je nie) bahagian depan.


7. Selepas itu, buat satu lagi untuk bahagian belakang. (ukurannya sama dengan bahagian jubah depan) aida tiru je bahagian jubah depan. (letak samarata dan potong ikut ukuran jubah depan)

8. Ok siap, bahagian depan jubah dan belakang jubah seperti gambar di bawah 


9. Baiklah, kita mulakan potong lengan jubah pula.

10. Sama je stepnya, aida guna pola juga untuk cepat kerja la katakan. haha (tak cepat pun sebab pagi nie baru potong lengan. semalam potong badan jubah je) disebabkan terlalu mengantuk kot! huhu

11. Anda buat 2 bahagian juga tau, kalau tak? sebelah lengan je la u all boleh pakai. huhu.. tak dapat dik nak nolongnya

12. Maka jadilah potongan lengan jubah aida seperti dalam gambar di bawah


13. Ok akhir sekali, kita buat leher jubah.

14. Aida buat leher bentuk diamond. (bentuk tu asal jadi je la, tak cantik pun tak pe sebab kita kan pakai tudung tak nampak dik orang pun. hihi..) leher bentuk diamond macamana? ok u all boleh rujuk gambar di bawah ok! (^_^)


Ok sudah siap! sesi potong potong memotong kain untuk dibuat jubah. Bagi sesi jahit jahit menjahit jubah? 

12 Disember 2016

Potong Potong Jahit Jahit oleh jari jemari Aida Alisha

Disember 12, 2016 0 Comments
Korang tau tak cara buat pola asas jubah biasa? meh tengok nie...
Ok kini kedai potong potong jahit jahit telah dibuka 
untuk sesiapa yang ingin buat tempahan.. 

Sila hubungi ambo cpt2!!!! 
Sebelum kota di TUTUP...huhu
Opssss!!! Buka kedai jahit pulak ko???
Byk sungguh kijoan ambo.. tak de la.. jangan terkejut pulak ya..

Sebenarnya Aida hanya nak kongsi hobi aida iaitu HOBI JAHIT MENJAHIT. Hobi ini, aida suka buat time free saja & time datang mood jahit saja..

Betul ke Aida jahit sendiri? 

" ya... betul aida jahitnya.. potong kainnya "

Ambil tempahan tak? memang boleh jahit JUBAH ke?

" ya.. boleh tapi hanya jubah biasa-biasa sahaja utk diri sendiri..

JIMAT kan.. tak yah upah jahit lagi..hihi.. sy nak try jahit jubah dgn aida laa..

" Jahit suka suka aje.. tapi ramai duk tanya-tanya nak aida jahitkan.. insyaAllah boleh aje.. tapi masa & waktu ambil tempahan tu kenalah time aida ok! Baru la jahit yang dipakai selesa, sebab mood jahit baju mempengaruhi jahitan jugak tau.. "
hahaha.. ada ada saja kan aida nie..

Ok la.. Apa hobi korang pulak? Meh laa kongsi dgn aida (tulis kat komen deh)
Aida jual shaklee.. hobi suka jahit baju sendiri..

Korang???

Love,

Pengedar Shaklee Aktif di Kelantan
01112909102

Pelawat RJH

Follow Us @aurarjh_byaida