21 November 2017

# Jahit Sendiri

JEMARIKU: Cara Mudah Potong Jubah Sendiri

Alhamdulillah, disebabkan mood kerajinan melanda diri..hihi (sebenarnya aida rasa bosan dengan jubah lama) maka terciptalah sejarah kerajinan dalam diri untuk memotong jubah sendiri.

Sebelum memotong JUBAH
Anda perlu buat POLA JUBAH

Dan pola ini aida sudah buat siap-siap (buat masa aida bujang single mingle..huhu) lamanya?
nasib la badan tak mengembang banyak sangat, jadi boleh la guna pakai pola sama. (^_^)

Kenapa kena buat POLA?
- untuk jimat masa
- untuk mudah kerja potong-memotong kain 
- untuk mengelakkan kesilapan semasa mengukur kain

Jadi! jimatlah sedikit masa untuk memotong kain bentuk JUBAH BIASA yang selalu aida pakai nie. 

Kenapa tak beli? huhu.. dalam hati memang nak je beli jubah siap, tapi maklum la saiz badan yang edisi terhad ini membuatkan diri ini reda dan terpaksa belajar menjahit jubah sendiri. 

Jadi! terciptalah semua potongan kain untuk dibuat JUBAH BIASA aida.

CARA MUDAH POTONG JUBAH SENDIRI


1. Sediakan pola jubah ikut ukuran badan anda. Cara Membuat Pola Jubah Biasa

2. Bentangkan kain dan betulkan kedudukan kain agar sama rata

3. Letak pola atas kain

4. Lukis ikut pola yang tersedia (aida buat pola nie plus dengan basi jahitan serentak)

5. Siap lukis? ukur balik untuk pastikan ukuran tepat dengan jubah yang anda nak? Ok boleh potong kain ikut lukisan yang anda buat.

6. Dan siap potong kain jadilah macam gambar di bawah (untuk badan jubah je nie) bahagian depan.


7. Selepas itu, buat satu lagi untuk bahagian belakang. (ukurannya sama dengan bahagian jubah depan) aida tiru je bahagian jubah depan. (letak samarata dan potong ikut ukuran jubah depan)

8. Ok siap, bahagian depan jubah dan belakang jubah seperti gambar di bawah 


9. Baiklah, kita mulakan potong lengan jubah pula.

10. Sama je stepnya, aida guna pola juga untuk cepat kerja la katakan. haha (tak cepat pun sebab pagi nie baru potong lengan. semalam potong badan jubah je) disebabkan terlalu mengantuk kot! huhu

11. Anda buat 2 bahagian juga tau, kalau tak? sebelah lengan je la u all boleh pakai. huhu.. tak dapat dik nak nolongnya

12. Maka jadilah potongan lengan jubah aida seperti dalam gambar di bawah


13. Ok akhir sekali, kita buat leher jubah.

14. Aida buat leher bentuk diamond. (bentuk tu asal jadi je la, tak cantik pun tak pe sebab kita kan pakai tudung tak nampak dik orang pun. hihi..) leher bentuk diamond macamana? ok u all boleh rujuk gambar di bawah ok! (^_^)


Ok sudah siap! sesi potong potong memotong kain untuk dibuat jubah. Bagi sesi jahit jahit menjahit jubah? 

Tiada ulasan:

Pelawat RJH

Follow Us @aurarjh_byaida