Assalamualaikum semua, maaf sangat2 aida tak sempat nak kongsi cara jahit jubah baru-baru nie, ok la seperti yang aida sudah janjikan sebelum nie, aida akan tunjuk cara jahit jubah sendiri.
Langkah mula-mula sebelum menjahit selepas kita siap memotong kain untuk dibuat jubah, kita perlu kelim tepi kain dan guntingkan kelim kain yang lebih agar kelihatan lebih kemas.
Langkah mula-mula sebelum menjahit selepas kita siap memotong kain untuk dibuat jubah, kita perlu kelim tepi kain dan guntingkan kelim kain yang lebih agar kelihatan lebih kemas.
Untuk permulaan, kita ambil potongan jubah tubuh jahit lurus yang biasa untuk cantumkan bahu jubah sampai siap!
Selesai jahit bahu, kita buat leher jubah pula ya.
Awak betulkan lengan dan bahu agar sama panjang dan seterika kain (di bulatan biru sahaja) untuk kita dapat satu garisan lurus untuk mudahkan kita jahit tapak leher, awak boleh rujuk gambar di bawah
Apabila sudah ada garisan lurus tu, awak boleh letak tapak leher di sebelah luar kain dan pinkan dengan jarum peniti. Pastikan ia betul-betul sama ikut garisan seterika. Untuk hasilkan leher yang lebih selesa. Seterusnya, jahit ikut ukuran di tapak leher sampai siap!
Selesai jahit tapak leher. Sekarang guntingkan bahagian tengah leher jadi macam dalam gambar di bawah.
Lipat tapak leher dan jahit macam (1) jahit untuk tutup kain lebihan dalam tadi. Selepas tu jahit lagi sekali macam (2) untuk kemaskan leher jubah sehingga siap. (3) bahagian dalam jubah, terbalikkan jadi bahagian luar jubah (4) ok siap sudah leher jubah.
Ok sekarang kita jahit bahagian tubuh jubah pula, jahit sebelah kiri dan jahit sebelah kanan sehingga siap, seperti di bawah.
Ok dah siap jahit tubuh jubah.
Sekarang kita jahit bahagian lengan baju pula, ikut langkah seperti di bawah
Selesai pinkan (4) sekarang boleh jahit lengan jubah.
Ok siap! (^_^)
Selesai sahaja jahit lengan. Sekarang kita boleh jahit tepi kain di tangan dan kaki jubah, guna jahitan lurus biasa. Alhamdulillah inilah hasilnya..
Selamat mencuba (^_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan