22 Disember 2017

# RESEPI

RESEPI: Meatball Ala Ikea (Home made)

Semalam lalu pula resepi meatball ala ikea dalam wall facebook saya. Aida tak pernah cuba buat lagi tau tapi memang nampak macam menarik dan sedap! tapi rasanya belum tahu..huhu, untuk memudahkan saya cari balik resepi, kita letak je la resepi meatball blackpaper di sini dulu. Senang nanti nak cari resepi meatball nie balik. Tapi ramai cakap rasanya lagi sedap dari ikea? Emmm.. itu aida tak boleh komen.. kalau korang nak cuba silakan.. aida belum cuba buat lagi.. Huhu.. ok tak nak pok pek banyak banyak, inilah resepi home made meatball ala ikea yang lagi sedap dari ikea. Jom cari bahan dan buat.


RESEPI MEATBALL ALA IKEA (Home made)
kredit dari FB page resepi kek


Bahan-bahan:
500 gm daging kisar
1/2 biji bwg besar – cincang halus (*)
1 sudu makan butter. (*)
3/4 sudu teh lada hitam- powder
1 sudu teh kryddpeppar@ mixed spices
1/3 sudu teh serbuk kayu manis- saya tambah
1/3 sudu teh gula
1-1/2 sudu teh garam
2 sudu makan bread crumb- blend halus
30 ml fresh milk.
1 biji telur ‘c’- saya tak guna tapi kalau nak boleh masukan.

Cara-cara:
1) tumis yg bertanda (*) keperangan dan ketepikan.
2) satukan bahan2 selebihnya dan sebatikan rata. masuk bawang tadi sekali dengan butter, uli lagi sebati dan bulat-bulatkan ikut besar mana yang kalian suka.
3) guna non stik pan, masuk kan sikit butter sikit dan masak api sederhana. tutup pan supaya masak rata dan balik-balikkan sekejap hingga masak.

p/s .- butter dalam pan jangan di buang, boleh digunakan untuk membuat sos.


Bahan-bahan untuk sos Gravy:
butter sos lepas masak meatball.
2 cawan chicken stok
2 cawan whipping krim (*)
1 sudu makan kicap cair
1 ketul kiub ayam
lada hitam sikit – powder
1/2-1 sudu makan tepung kentang bancuh dengan air sikit utk memekat.
garam/gula- tambahan kalau kurang rasa.

Cara-cara:
1) satukan semua bahan kecuali yg bertanda (*) dan bancuhan tepung kentang.
2) didihkan dan rasa secukupnya baru masukan (*). didihkan lagi dalam seminit dan kecilkan api masuk bancuhan tepung sikit demi sedikit dan jangan terlalu pekat.

Hidangan sampingan – lingon jem dan kentang. Boleh juga diganti dengan mix fruits jem.

Selamat mencuba! (^_^)


Aida Nak Buat Projek Buat Duit RM2769 sebulan. Ada yang nak join ke?

Boleh terus wasap aida di projekbuatduitBAF untuk info lanjut. (^_^)


Thanks again. (^_^)


Kerja Dapur Lebih Mudah Dengan Sabun Pencuci Pinggan Super Jimat!


Pencuci pinggan yang sangat tahan lama hingga 3 bulan lebih.. untuk kegunaan biasa.. sesuai untuk kulit ekzema dan kulit tangan yang sensitif pada sabun.

Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk Halal, Berkesan & Jimat 



Berminat untuk dapatkan Hand Dish Wash sekarang?

Tahukah Anda?   Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate. Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.

Tiada ulasan:

Pelawat RJH

Follow Us @aurarjh_byaida