26 September 2017

# Collagen Shaklee # ESP

Ketahui 4 Nutrien Penting Untuk Kulit Cantik Berseri Dari Dalam


Pernah tertanya-tanya bagaimana sesetengah orang mempunyai kulit yang sihat dan berseri? Mereka memberikan aura positif dan sihat.

Aida yakin anda pasti tertanya-tanya sekarang ini.
Apakah yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan menawan?

Anda sudah tak sabar lagi? Mahu dapatkan kulit yang berseri dari dalam dengan nutrien hebat ini? Jom temui kecantikan dari dalam dengan 4 Langkah ini iaitu:
Membina > Menganjalkan > Melindungi > Melembapkan

Dengan rangkaian hebat nutrien yang dihasilkan khas untuk kesihatan dan kecantikan secara semulajadi iaitu The Radiant 4 Shaklee yang mengandungi ESP, Collagen Powder, Vitamin C dan GLA Complex.



KETAHUI 4 LANGKAH UTAMA UNTUK MILIKI KULIT CANTIK BERSERI DARI DALAM

1. Protein untuk Membina Kulit Yang Sihat dengan ESP

Badan dihasilkan dari protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:
  • Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk fungsi kulit yang optimum.
  • Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.
  • Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
  • Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
  • Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.


2. Tingkatkan Keanjalan dengan Kolagen

Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda. Ia mengekalkan keanjalan kulit anda dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur.

Berita baiknya adalah badan anda boleh menghasilkannya sendiri. Namun, apabila usia kita semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan diri kita kepada risiko kulit berkedut dan kendur.

Apa tunggu lagi? Jom katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan sekarang pengambilan kolagen untuk:
  • Kulit yang lebih anjal
  • Mengurangkan kedutan 
  • Kulit yang lebih muda
  • Mengurangkan parut
  • Mengurangkan sakit belakang, sakit sendi/lutut


3. Perlindungan Antioksida dengan Vitamin C

Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Akan tetapi, badan anda tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C.

Dengan pengambilan vitamin C sekarang dapat membantu anda untuk :
  • Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit
  • Membantu dalam penyembuhan luka
  • Mempertahankan kulit daripada radikal bebas

Lindungi kulit anda dari sinaran UV. Kuatkan perlindungan terhadap sinaran UV dengan meningkatkan pengambilan karotenoid harian anda. Karotenoid bermanfaat dalam melindungi sel-sel kulit yang sihat daripada kerosakan sinaran matahari. Ia juga dikenali sebagai ‘Pelindung Matahari Dalaman’ anda. Tingkatkan perlindungan anti-keradangan dari omega-6 (GLA) dengan melengkapinya bersama vitamin C.

4. Kekalkan Kelembapan Kulit dengan GLA

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:
  • Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Melawan keradangan
  • Menimbangi kestabilan hormon

Anda pasti tahu keperluan diri anda. Jadi usah dibiarkan kulit kusam, berjerawat dan berjaragat menghantui diri anda setiap hari. Jom tengok Testimoni The Radiant 4 Shaklee
Jom Jaga Keserian Wajah Anda Dari Dalam Secara Semulajadi Hanya di Shaklee

Dapatkan set The Radiant 4 anda sekarang. 
Jom dapatkan sekarang!

Tiada ulasan:

Pelawat RJH

Follow Us @aurarjh_byaida