9 Januari 2017

# Drama Hindi Razia Sultan

SINOPSIS: Drama Hindi Razia Sultan

Korang pernah tengok tak?
.
Drama Razia Sultan yang menjadi drama hindi pertama yang disiarkan di Tv3??
.
Episod pertama drama nie dah mula buat aida rasa SYOKK sangat2 dgn drama nie.. sebab apa?
.
Pembukaan ceritanya diserikan dengan suara Shah Rukh Khan yang menjadi narrator atau pencerita kepada pengenalan cerita dan watak2 dalam drama Razia Sultan ni. . Patutlah cam kenal je suara tuuu.. hahaha..
.
Jalan cerita drama ini diinspirasikan dari Kisah Benar dan Razia menjadi satu - satunya Sultan perempuan dalam kerajaan Delhi sekitar tahun 1236.
.
Dalam drama nie ada 85 episod dan dilakonkan oleh Pankhuri Awasthy, Zara Barring, Sooraj Thapar, Khalida Turi, Sambhavna Seth, Ankit Arora dan ramai lagi.
.
Bagi korang yang belum tahu jalan cerita RAZIA SULTAN nie.. meh layan sinopsis ni kat bawah k..


Sinopsis Drama Hindi Razia Sultan

Drama Razia Sultan ini mengisahkan tentang Razia, anak perempuan kepada Shams-Ud-Din Iltumish dan juga cucu kepada Qutub-Ud-Din Aibak. Beliau dibesarkan seperti seorang anak lelaki dan dilatih untuk menguasai ilmu pedang dan menunggang kuda. Pada usia yang muda, Razia telah menunjukkan minat dalam hal ehwal politik dan bercita-cita untuk memperjuangkan hak sama rata antara lelaki dan perempuan. Razia juga merupakan seorang Puteri yang berjiwa rakyat dan pemurah hati. Beliau selalu menyelinap keluar dari istana untuk membantu golongan miskin pada zaman kanak-kanak. Konflik bermula apabila Shah Turkan iaitu bekas perempuan simpanan Iltumish muncul bersama dengan anak lelakinya untuk merebut kuasa. Shah Turkan ingin menjadikan anaknya sebagai pewaris takhta. Iltumish berjaya menggagalkan muslihat tersebut dengan mengisytiharkan pemerintah Delhi yang seterusnya akan ditentukan dengan pertarungan. Pemenang tersebut akan menjadi pemerintah kerajaan Delhi baharu.
.
Beberapa pertarungan yang hebat telah berlaku sehingga menyaksikan Nasser (Abang Razia) dan RuknUd-Din yang berlawan untuk takhta pemerintahan Delhi. Sayangnya, Nasser telah dikalahkan oleh Rukn-Ud-Din. Razia mengesyaki Shah Turkan bertanggungjawab ke atas kekalahan abangnya, Nasser. Beliau berusaha untuk membuktikan bahawa Shah Turkan telah menggunakan helah untuk mengalahkan Nasser. Tergugat dengan kewujudan Razia dan Naseer, Shah Turkan telah merancang untuk membunuh seluruh keluarga diraja itu bagi memastikan hanya anaknya yang layak menjadi pewaris takhta kerajaan Delhi. Suatu hari, Razia terkejut apabila menjumpai mayat abang serta seluruh keluarganya.
.
.
Apakah yang akan terjadi kepada Razia?
.
Bagaimana Razia mengatasi kehilangan seluruh ahli keluarganya dan bangkit untuk melawan Shah Turkan dan Rukn-Ud-Din. Takdir atau pilihan?
.
Perebutan takhta, pergolakan politik, pengorbanan cinta dan pengkhianatan datang menguji kecekalan dan kebijaksanaan sang Puteri yang ceria, pemurah dan juga seorang pahlawan yang berani menerusi drama bersiri Hindustan ‘Razia Sultan’
.
.
Jadi korang kena tengok sendiri drama nie..
.
.
Lihat sendiri kecekalan hati Razia dalam atasi cabaran yang melanda.. contohi keberanian beliau dan pengajaran yang sangat positif buat kita semua..
.
.
Jom layan drama RAZIA SULTAN pulak.. 


Love,
Pengedar Aktif Shaklee Malaysia
Whatsapp/telegram : 01112909102
Email : edaana696@gmail.com
(^_^)

Tiada ulasan:

Pelawat RJH

Follow Us @aurarjh_byaida