30 Oktober 2017

# Awal Perniagaan # bisnes modal rendah

Kesan Shaklee Yang Mengubah Hidupku

Dulu dan kini selamanya.. Haha.. Boleh ke buat tajuk entry camni? Aida? siapa aida? hihi.. Aida bukan la siapa-siapa.. hanya peniaga online biasa yang masa belajar.. tapi aida akan cuba belajar untuk menjadi lebih baik dari yang terbaik. InsyaAllah. Aamiin..

Pada permulaan aida kenal shaklee memang tak tau pape, yang aida tahu shaklee untuk kesihatan dan boleh membantu masalah kulit. Dan masa tu, aida mengalami masalah kulit muka yang memang teruk dengan naik jerawat dan muka naik merah-merah lagi gatal tak terhingga sakitnya akibat penggunaan produk yang salah dan serius memang aida tak tau pun yang Shaklee sebuah syarikat MLM yang sudah bertapak lebih 100 tahun di pasaran.

Dari situ la, aida mula rasa jatuh hati dengan shaklee kerana masalah kulit muka aida semakin baik, selsema batuk semua cepat baik dan secara pelahan-lahan aida kongsi kebaikan shaklee yang aida dapat. Namun aida berhenti sementara kerana hati mula resah apabila Ayah masuk hospital akibat darah terlampau tinggi sampai mata ayah sebelah kiri ada pendarahan dan setiap bulan perlu membuat pemeriksaan di hospital bagi rawatan susulan. Ketika itu memang sekeluarga rasa sedih terkilan semua bercampur, tidak tahu nak tanya siapa. Memang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Dan pada masa tu, dalam minda sangat bercelaru keliru tapi pada satu hari aida jumpa satu atikel pasal Omega Guard yang boleh membantu masalah tekanan darah tinggi dan kolestrol tinggi. Jadi selepas aida bincang dengan mak akak semua. Ok xpe kita cuba. time tu memang aida sudah mendaftar ahli shaklee hanya untuk makan sendiri sahaja tapi dapat diskaun dari 15% hingga 30% dengan membuat bayaran Yuran Ahli Shaklee RM75 pada tahun 2014. Sekarang pun masih sama yurannya iaitu RM75 untuk seluruh malaysia, semenanjung, sabah dan sarawak.

Berbalik pula pada kisah Ayah aida sakit tadi, Aida rasa bersyukur sangat-sangat, alhamdulillah ternyata Omega Guard memang terbukti berkesan pada ayah aida, tekanan darah tinggi ayah aida sudah semakin normal, manakala kolestrol tinggi yang dialami mak aida pun turut stabil sampai doktor cakap (Bagus mok cik nie kolestrol jahat xdop doh semua hok baik2 jah ada) hihi.. senyum lebar mak ayah aida.. perasaan masa tu tak tergambar dengan kata-kata lagi (syukur alhamdulillah) dapat tolong mak ayah masa tu.. hanya Allah sahaja tahu perasaan kita time tu.. pada permulaan memang sukar tapi terpaksa terus cekal tempuhinya. Allah ujian hambaNya sebab sayang. (^_^)

Selepas dari peristiwa duka ini menjadi manis, seperti hujan memberi pelangi, aida terus buat keputusan untuk berkongsi lebih lagi kebaikan Shaklee kepada kita semua. Aida mahu mengajak lebih ramai lagi kenal shaklee untuk mereka lebih menjaga kesihatan diri dan alam kita. Semua ini, bukan sebab duit semata-mata, aida buat nie untuk semua dapat rasa bahagia dengan kesihatan lebih baik.



Dan APA KESAN SHAKLEE KEPADA AIDA?
Jawapanya:
  • Shaklee membuat aida belajar banyak perkara yang luar jangka, dulu aida malu yg amat sekarang redah je.. tq #ireachfamily dan #tsunamiG7 
  • Shaklee membuat aida belajar untuk hidup berimpian tinggi, dulu aida cuma fikir ada je xpela.. tak de biar je la..
  • Shaklee membantu aida dan keluarga rasa lebih sihat, dulu aida selalu sangat selsema dgn masalah kulit lagi dan mak ayah sakit lagi.. memang tak tertahan hati nie tgk orang tercinta di hospital. 
  • Sungguh-sungguh aida tak sangka dengan kenal Shaklee aida boleh jadi insan yang tinggi keyakinan diri, benda baru yang pada masa tu. memang ZERO. alhamdulillah rasa terharu sangat dengan diri sendiri sebab boleh capai tahap ini.


Dan untuk pengetahuan semua, aida tak tahu pun apa itu blogger? aida tak kenal pun.. memang betul2 #tsunamishaklee la selepas aida ambil keputusan untuk serius membuat perniagaan atas talian melalui blogger nie.

Alhamdulillah, sekarang aida sudah mempunyai blog sendiri dan boleh menguruskan blog sendiri.

Blog ini seperti Kedai Online yang 24 jam boleh dibuka. Tanpa perlu membayar sewa. Tanpa perlu menunggu kaunter untuk pelanggan masuk kedai. Aida tidur pun ada je pelanggan view blog RJH.

Walaupun pada permulaan dulu memang tiada seorang pun tengok blog rahsiajelitahawa.blogspot.com tapi sekarang 300 pelawat ke atas sehari sudah menjadi kebiasaan, walaupun blog RJH ini masih sedikit jumlah pelawatnya. Alhamdulillah sekarang (Jun 2018) mencecah hampir 2000 pelawat sehari.

Tapi ini cukup membuatkan aida rasa teruja, kerana dulu memang takde seorang pun tengok blog RJH. Sekarang aida bersyukur sangat-sangat.

Dengan ilmu baru aida belajar ini banyak kesan positif dalam mengubah hidup aida sekeluarga. Syukur aida kenal Shaklee dan rasa sangat rugi tak kenal shaklee awal-awal dulu.

Alhamdulillah, syukur sekarang aida sekeluarga rasai nikmat sihat dengan mengamalkan suplemen shaklee sekeluarga, syukur sangat-sangat Allah temukan aida dengan dunia bisnes online shaklee.

Walaupun dalam kita rasa sedih duka kecewa tapi Allah beri nikmat ilmu bisnes yang nilainya sangat berharga dan tidak semua orang dapat nikmat yang sama ini. alhamdulillah aida di sini. bukan aida yang dulu-dulu lagi.

Jika awak juga mahu mengubah hidup awak menjadi lebih baik kerana Allah sayang awak? 

  • Awak mahu hidup lebih sihat dan berjaya dalam bisnes?
  • Awak sudah bosan dengar arahan bos?
  • Awak mahu bina Empayar Perniagaan awak sendiri?
  • Awak Surirumah yang mahu membantu suami, jana pendapatan dari rumah?
  • Awak Pelajar lepasan Universiti Awam/Swasta belum dapat kerja?
  • Awak mahu lebih banyak dengan keluarga?
  • Awak mahu kebebasan waktu bekerja?

Jika YA, whatsapp aida untuk mendaftarkan diri anda dalam kumpulan AuraRJH yang EKSKLUSIF hanya ahli shaklee yang berdaftar bawah tajaan saya sahaja. Tindakan anda akan mengubah masa depan anda. KLIK DISINI UNTUK WHATSAPP AIDA

Tiada ulasan:

Pelawat RJH

Follow Us @aurarjh_byaida