23 Oktober 2017

# Herbal Blend # Testimoni Herbal Blend

Kulit Muka Melecur Akibat Kosmetik

Sekali lagi saya dikejutkan dgn seorang pesakit yang mengalami masalah kulit muka melecur akibat penggunaan kosmetik yang salah.

Saya ingatkan sekali lagi, jangan sesekali ambil mudah dan nak cepat cantik je.

kita perlu teliti betul-betul kandungan kosmetik yang berlambak di luar sana.

Jadi kita kena hati-hati tau.

Jangan ulangi kesilapan yang berlaku oleh orang lain. Kita wajib berhati-hati.

Pesakit ini mula rasa resah, sedih dan mula risau, apa yang patut beliau buat untuk atasi masalah kulit muka melecur akibat kosmetik?

Alhamdulillah beliau telah temui Herbal Blend shaklee dari kawan saya.

Apabila beliau menyapu herbal blend di kulit yang melecur itu, hasilnya sangat mengembirakan dari penggunaan herbal blend. Pesakit ini mengalami 2nd degree burn ( kelecuran tahap 2 ) disebabkan oleh bahan kosmetik yang salah.

Alhamdulillahh kini, kulit muka yang melecur semakin beransur baik selepas hari ke-2 guna Herbal Blend.

Kita boleh lihat sendiri perubahan yang dialami beliau.


Syukur sangat-sangat beliau temui herbal blend shaklee.

Apakah kebaikan krim Herbal Blend?
  • kulit yang luka melecur cepat kering
  • kulit kemerahan semakin berkurang
  • kulit panas pedih sudah tiada 

Apakah kegunaan lain krim Herbal Blend?



Apakah bahan/kandungan utama dalam krim Herbal Blend?

Ianya dihasilkan daripada 4 jenis tumbuhan herba iaitu Daun Sage, Horge Chesnut , Yarrow dan Rosemary yang sememangnya digunakan secara tradisional untuk masalah berkaitan kulit dan melegakan kesakitan.


Daun Sage atau nama saintifiknya Salvia officinalis adalah sejenis herba yang sering digunakan di dalam masakan. Daun ini juga sering digunakan sebagai pembasmi kuman dan juga jangkitan. Daun sage turut mengandungi astringen yang membantu dalam mengecutkan liang luka yang terbuka. Ia juga memberi kesan kelegaan dan digunakan untuk menyembuhkan ulser.

Horse Chesnut mengandungi sebatian aescin yang merupakan agen antiradang dan memberi kesan kelegaan apabila digunakan. Ianya digunakan bagi menyelesaikan masalah sendi atau urat.

Yarrow bukan sahaja boleh dimakan sebagai salad tetapi banyak digunakan secara tradisional bagi mengubati demam, selsema dan ketidakselesaan perut. Ia juga sangat bagus untuk masalah ruam dan penyembuhan luka. Malah di sesetengah tempat tumbuhan ini dikunyah untuk melegakan sakit pada gigi.

Rosemary juga sering digunakan sebagai herba di dalam masakan. Ianya amat dikenali sebagai agen anti radang, anti alergi, anti kulat dan antiseptik. Ianya juga banyak digunakan dalam merawat masalah kulit seperti gigitan serangga, ekzema dan sering digunakan untuk penyembuhan luka.


Jika pelanggan tadi tidak bertindak segera, berkemungkinan kulit muka melecur akibat kosmetik itu semakin teruk, syukur beliau telah membuat tindakan bijak dan merasai sendiri keberkesanan herbal blend shaklee.

Jika anda mengalami masalah kulit muka melecur akibat kosmetik terlarang dan berbahaya ini. Cepat-cepat dapatkan Herbal Blend.


Minat untuk dapatkan herbal blend sekarang?
KLIK SINI UNTUK MEMBUAT PESANAN HERBAL BLEND SHAKLEE

Tiada ulasan:

Pelawat RJH

Follow Us @aurarjh_byaida