PULAU LANG TENGAH nie terletak antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian.
Kenapa Aida tertarik dengan Pulau nie?? tiada pulau lain ke? haha
Sebab pulau nie ramai yang tak tahu kewujubannya (kalau tak google lagi memang tak tahu la). Rupanya terengganu nie banyak pulau (nampak sangatlah aida kurang melancong..haha). Pulau Lang Tengah nie kecil je dan ada 4 pilihan resort sahaja.
Jadi siapa nak berbulan madu memang sesuai sangat (mood pengantin baru tak habis lagi tau) Sebenarnya plan suami aida dari sebelum kahwin lagi nak pergi bercuti di pulau selepas sah jadi suri hati abe syg..hehe.. Tapi belum kesampaian lagi.. InsyaAllah, ada rezeki kita pergi ya abe.
Jom ke Pulau Lang Tengah!!
Sebelum tu meh kita plan betul-betul. Sebab masa cuti suami tak sama dengan aida. Kalau dapat pergi bercuti 3 hari 2 malam pun dah kira syukur sangat-sangat. (suka sgt2)
Tabung PLT kena siap sedia sekarang tau.. Perbelanjaannya dalam RM3000 (terlebih xpe nanti boleh simpan untuk belanja percutian lain pulak). InsyaAllah taget percutian kami pada tahun 2016 nie.
Doakan kami berjaya pergi ke Pulau Lang Tengah ya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan