17 Januari 2018

# B-Complex # ESP

Atasi Sembelit Buasir Kejang Kaki Ketika Hamil Dengan Shaklee

Ibu cukup risau dan sedang mencari set kehamilan yang mampu atasi sembelit teruk, buasir dan kejang kaki ketika hamil. Aida perkenalkan set kehamilan dan berpantang shaklee. Sudah ramai ibu rasai keberkesanan set kehamilan dan berpantang shaklee. Jom baca lebih lanjut testimoni dari Dr. Najihah, pengalaman beliau dengan set kehamilan dan berpantang shaklee sangat- sangat menarik.


Testimoni Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee
oleh Dr. Najihah

Saya sekarang adalah ibu kepada 6 orang anak berusia antara 5 bulan hingga 11 tahun termasuk sepasang kembar yang berusia 9 tahun. Saya mula kenal Shaklee pada penghujung tahun 2011 sebelum hamil anak ke-5. Saya mengambil keputusan untuk mencuba Set Kehamilan Shaklee apabila saya disahkan hamil anak ke-5 dan lepas bersalin saya teruskan dengan Set Berpantang Shaklee.
.

Saya ada beberapa pengalaman yang kurang enak dan mungkin juga agak ngeri bagi sesetengah orang ketika hamil dan berpantangkan anak sulung, kedua & ketiga (kembar) serta anak ke-4. Sepanjang kehamilan dan berpantang keempat-empat anak ini saya amalkan set hamil dan berpantang jenama lain (jenama yang sama untuk 3 kali kehamilan ini)
.

Pengalaman yang paling ketara dan saya ingat sampai sekarang ialah sewaktu hamil saya mengalami sembelit yang teruk. Sampai menangis-nangis dalam tandas setiap kali nak membuang air besar. Kadang-kadang sampai berlaku pendarahan. Keadaan ini menyebabkan saya rasa takut nak membuang air besar yang menjadi penyebab kepada terjadinya buasir. Buasir ini menjadi semakin kritikal selepas saya melahirkan anak-anak kembar dan ianya berlarutan sehingga dalam tempoh berpantang dan selepasnya.
.

Satu lagi masalah saya ialah selalu berlaku kejang kaki (krem) terutamanya apabila kandungan menjengah usia 6 bulan ke atas. Malam-malam waktu tidur selalu sangat kena sampai menangis-nangis menahan sakit. Suami saya lah yang selalu menjadi mangsa untuk meredakan kesakitan saya sewaktu sedang nyenyak tidur.
.

Dulu sewaktu berpantang, selain masalah sembelit dan buasir saya juga pernah mengalami jahitan perineum saya terkena jangkitan dan bernanah. Ia berlaku sewaktu berpantang anak sulong dan sewaktu berpantang anak kembar peristwa ini berulang lagi bahkan ianya semakin parah kerana jahitan perineum saya terpaksa dibuka dan dijahit semula tanpa bius disebakan oleh jangkitan kuman pada kawasan tersebut.
.

Memang sangat mengerikan tapi terpaksa juga melaluinya dengan tenang sambal dalam hati berdoa agar ianya tidak berulang lagi pada kelahiran akan datang. Manakala ketika berpantang anak ke-4 yang dilahirkan secara pembedahan saya mengalami sakit kepala yang amat teruk sehingga hampir 3 minggu lamanya. Sakit pada tempat pembedahan juga terasa sehingga beberapa lama. Dalam waktu berpantang dulu terasa diri kurang cergas dan kurang bermaya.
.

Alhamdulillah, setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Coplex, Ostematrix, ESP dan Omega Guard Shaklee ketika hamil anak ke-5 yang sekarang berusia 3 tahun, masalah utama sewaktu hamil dulu iaitu sembelit dan kejang kaki boleh dikatakan tidak berlaku langsung. Diri terasa cergas dan sihat sepanjang tempoh kehamilan.


Dan peristiwa yang paling saya risaukan ketika berpantang iaitu jahitan perineum saya amat menakjubkan. Luka jahitan sembuh dengan cepat. Tiada rasa sakit dan berdenyut seperti berpantang anak-anak terdahulu dan yang bestnya, jahitannya sembuh dan kering dengan sendirinya tanpa sebarang jangkitan!
.

Atas sebab keyakinan itulah saya teruskan pengambilan Set Hamil & Berpantang Shaklee untuk anak ke-6 yang baru dilahirkan lebih 4 bulan lepas. Kali ini saya bersalin secara pembedahan disebabkan kedudukan bayi yang songsang sejak awal kehamilan sehingga saat nak melahirkan.
.

Alhamdulillah, walaupun bersalin secara pembedahan, luka dan jahitan akibat pembedahan sembuh dengan cepat. Saya terasa sangat sihat dan cergas tidak seperti bersalin bedah. Walaupun pada minggu kedua bersalin, hanya saya yang menguruskan anak-anak kecil seramai 6 orang tetapi alhamdulillah saya dapat menguruskan rumahtangga dan keluarga dengan sebaiknya.
.

Alhamdulillah..saya sangat bersyukur dapat kenal dengan vitamin Shaklee dan dengan izin Allah jua tempoh kehamilan dan berpantang saya untuk 2 orang anak yang terakhir ini sangat menyeronokkan.
.

Dan saya amat menyarankan kepada para ibu yang ingin hamil supaya menjadikan Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee sebagai satu keperluan dalam senarai barangan Kehamilan dan Bersalin anda!
.

Ibu-ibu berminat untuk dapatkan set kehamilan dan set berpantang shaklee sekarang?


Ingin dapatkan produk Shaklee?


Klik di bawah untuk terus whatsapp aida.



Minat Untuk Buat Pembelian Online.


NAK MENJADI PENGEDAR SHAKLEE?

Berminat untuk menjadi pengedar shaklee dengan modal rendah, mampu menambah pendapatan dengan untung runcit + bonus tunai setiap bulan dan pelbagai lagi kelebihan ahli shaklee.

Jom sertai AuraRJH Family bersama saya. Dengan bimbingan tanpa putus. "Percaya Sebelum Berjaya, Cari Peluang, Usah Beralasan" InsyaAllah anda adalah Leaders Shaklee yang kami cari.


Tiada ulasan:

Pelawat RJH

Follow Us @aurarjh_byaida